Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disiarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rerunsiaran ulanganKomunikasiKorporatRancangan radio dan televisyen yang disiarkan semula pada waktu lain daripada masa siaran asal. Rancangan yang disiarkan adalah dalam bentuk dan sifat yang sama seperti rancangan asal. Siaran ulangan dilakukan oleh stesen siaran yang sememangnya menyediakan kemudahan tayangan semula bagi memenuhi format asal stesen berkenaan. Selain itu, siaran ulangan dilakukan untuk memenuhi permintaan khas daripada khalayak. Terdapat juga stesen yang menayangkan siaran ulangan untuk mengisi ruang siaran yang terluang kerana rancangan asal tidak dapat disiarkan. Pihak stesen siaran biasanya akan menyimpan atau mengarkibkan rancangan yang penting, istimewa, dan mendapat sambutan khalayak untuk tujuan siaran ulangan. Pengulangan siaran memberikan keuntungan kepada syarikat yang berkenaan, sama ada dari segi kos atau citra korporat.
overlapping coverageliputan bertindanKomunikasiKorporatLiputan dan penyiaran rancangan mengenai sesuatu isu yang disiarkan melalui dua atau lebih saluran radio dan televisyen secara serentak. Liputan rancangan oleh saluran ini disiarkan di kawasan yang sama. Tindakan ini membolehkan sejumlah peratusan isi rumah menjadi khalayak kepada rancangan berkenaan. Peratusan jumlah dedahan ini biasanya tinggi. Petunjuk peratusan ini akan membantu para pengiklan merancang strategi peletakan iklan untuk sesuatu rancangan melalui saluran yang terlibat menyiarkan rancangan berkenaan. Contoh liputan bertindan ialah ucapan belanjawan yang disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia yang disiarkan serentak di beberapa saluran media elektronik.
seriessiriKomunikasiTiadaRangkaian cerita lengkap yang disiarkan melalui radio atau televisyen secara berturut-turut pada setiap minggu atau setiap hari. Tema cerita yang disiarkan adalah berbeza pada setiap kali siaran. Contohnya, Siri Pi Mai-Pi Mai Tang Tu.
standby programmeprogram gantiPendidikanTiadaProgram yang disediakan sebagai ganti apabila program yang sepatutnya disiarkan pada waktu tertentu tidak dapat disiarkan.
station breakhentian stesenKomunikasiTiadaPenetapan jumlah masa yang ditentukan oleh sesebuah stesen untuk menghentikan seketika rancangan yang disiarkan bagi menyiarkan selitan seperti iklan, pengumuman khidmat awam atau pengenalan stesen. Tempoh hentian ini bergantung kepada jumlah selitan yang perlu disiarkan. Bagi stesen yang terkenal, tempoh hentian lebih panjang kerana ramai pengiklan ingin membeli masa hentian tersebut untuk menyiarkan iklan mereka. Bagi stesen yang kurang terkenal, tempoh masa hentian ini adalah terhad. Oleh itu, perjalanan siaran tidak kerap terganggu.
commercialkomersialKomunikasiTiadaMesej pengiklanan yang disiarkan di dalam televisyen dan radio.
newscastberita siaranKomunikasiTiadaBerita yang disiarkan melalui radio atau televisyen.
serialrantaianKomunikasiTiadaRangkaian cerita yang disiarkan melalui radio atau televisyen secara bersambung-sambung sehingga tamat. Melalui pendekatan ini sesuatu cerita ditamatkan secara tergantung bagi menggalakkan khalayak mengikuti perkembangan ceritanya pada siaran yang akan datang.
prospectusprospektusSejarahTiadaSurat atau buku yang disiarkan untuk menyenaraikan butir-butir dan mengiklankan sesuatu seperti aturan insurans atau penubuhan syarikat baru.
tv commercialiklan tvKomunikasiTiadaIklan yang disiarkan di dalam televisyen khusus untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang bermatlamat untuk mendapat keuntungan.
12345678910...

Kembali ke atas