Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.si.plin] | ديسيڤلين

Definisi : 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih sese­orang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa me­nunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg di­tetapkan: tindakan ~ akan dikenakan ter­hadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.si.plin] | ديسيڤلين

Definisi : 1 peraturan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: Sekolah itu mempunyai ~ yg patut dipuji. 2 kepatuhan atau ketaatan pd tatatertib dan peraturan: Murid-murid itu menunjukkan ~ yg cukup baik. berdisiplin menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. mendisiplinkan melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disiplin


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Disiplin hukum dan disiplin sosialRajawaliTiada1987 
Disiplin hukum dan disiplin sosialRajawaliTiada19879794211249
Disiplin Positif di dalam bilik darjah yang inklusif mesra pembelajaranUniversiti Kebangsaan MalaysiaTiada2012978-983-2267-45-4
DisiplinJabatan PelajaranTiada1977 
Mengurus Disiplin PelajarPTS Publications & Distributors Sdn BhdTiada2005983-192-267-0
Menangani disiplin di sekolahUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2006967-61-1831-1
Panduan tatacara disiplin sekolah untuk guru besar dan guruDewan Bahasa dan PustakaTiada1988983-62-0483-0
Kesusasteraan dan disiplin bantu (Flor Angel Fernandez)(pengarang)Tiada1980 
Pengajian strategi sebagai disiplin ilmuUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2006967-61-1858-3
Nilai kebudayaan dan disiplin national [taipskrip] Tiada1983 
12

Kembali ke atas