Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.si.plin] | ديسيڤلين

Definisi : 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih sese­orang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa me­nunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg di­tetapkan: tindakan ~ akan dikenakan ter­hadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.si.plin] | ديسيڤلين

Definisi : 1 peraturan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: Sekolah itu mempunyai ~ yg patut dipuji. 2 kepatuhan atau ketaatan pd tatatertib dan peraturan: Murid-murid itu menunjukkan ~ yg cukup baik. berdisiplin menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dll): Pegawai-pegawai polis itu ~ walaupun mereka di luar pejabat. mendisiplinkan melatih atau membuat seseorang supaya berdisiplin: Dia pandai ~ kanak-kanak yg nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disiplin


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Disiplin diri sendiri merupakan asas terpentingHassan LanggulungBerita Harian01.07.1977
Disiplin Dalam Hidup ManusiaK. BaliSabah Times26.02.1991
Disiplin yang unik di musim pesta teater peringkat negeriIsmaily BungsuSabah Times20.12.1983
Disiplin: dulu dan sekarangHantu RayaUtusan Melayu26.09.1983
Disiplin: Umno bukti ketegasanA. Samad IsmailBerita Harian17.06.1995
"Disiplin ketika mengarang"Yahya SamahBacaria17.05.1984
Disiplin masih tak wujud dalam bangsawanHatta Azad KhanBerita Minggu13.09.1981
Disiplin dalam penulisanSuwanlerd Pro PoulBacaria26.09.1990
Disiplin di sekolah perlu diperketat - Dr. AbdullahTiadaBerita Minggu09.11.1980
Disiplin pelengkap fungsi, cabaranS. Othman KelantanBerita Harian30.03.2000
123456

Kembali ke atas