Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dis.kri.mi.na.si] | ديسکريميناسيبر

Definisi : perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yg dilakukan oleh pihak yg berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yg berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yg sama kpd pembeli yg berlainan; ~ kaum layanan yg ber­beza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskri­minasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dr segi kedudukannya dlm masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layan­­an terhadap sesama anggota masya­rakat kerana berlainan warna kulit, agama, dll: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dlm membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dr­ segi layanan): golongan ini telah di­diskriminasikan oleh golongan manusia yg lebih beruntung drpd mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dis.kri.mi.na.si] | ديسکريميناسيبر

Definisi : perlakuan membeza-bezakan sesuatu hal (kerana keturunan, warna kulit dll): Di sekolah-sekolah pun ada juga timbul perkara ~ antara murid-murid. ~ harga perihal atau perbuatan mengenakan harga yg berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yg sama kpd pembeli yg berlainan. ~ kaum layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana beranggapan bahawa terdapat keadaan tidak seimbang dr segi kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb. mendiskriminasikan membeza-bezakan antara satu sama lain; memberikan layanan yg istimewa (berlainan) kpd golongan, negara dll tertentu: Terdapat golongan rendah yg didiskriminasikan oleh pihak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diskriminasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
racial discriminationdiskriminasi rasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan membeza-bezakan individu atau kumpulan individu yang lain kerana prasangka terhadap ciri fizikal, budaya, bahasa dan agama individu atau kumpulan individu tersebut. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, peruntukan undang-undang mengenai diskriminasi ras terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras 1965. Konvensyen tersebut mentakrifkan diskriminasi ras sebagai pembezaan, pengecualian, kekangan atau tindakan memberi kelebihan kerana ras, warna, keturunan atau asal-usul dengan tujuan atau kesan yang menidakkan atau mencacatkan pengiktirafan, penikmatan dan pelaksanaan hak dan kebebasan asasi dalam aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kehidupan awam lain secara saksama. Walau bagaimanapun, konvensyen ini tidak terpakai kepada perbezaan layanan yang diberikan antara warganegara dan bukan warganegara. Diskriminasi ras juga tidak mencakupi langkah khas yang memberikan kelebihan kepada ras atau etnik tertentu yang memerlukan perlindungan sewajarnya bagi membolehkan mereka menikmati hak dan kebebasan asasi. Konvensyen 1965 ini mewajibkan negara ahli mengecam dan berjanji untuk membuat polisi yang menghapuskan segala bentuk diskriminasi ras.
ageismdiskriminasi umurGerontologiTiadaDiskriminasi atau prasangka dalam kalangan masyarakat berdasarkan umur.
first degree discriminationdiskriminasi darjah pertamaEkonomiTiadaDiskriminasi maksimum yang dilakukan oleh firma. Setiap unit keluarannya dijual pada harga yang tertinggi, tetapi masih sanggup dibayar oleh pembeli bagi unit berkenaan.
discrimination curvelengkung diskriminasiKejuruteraanTiadaLengkung yang menghubungkan kadar bilangan dengan aras diskriminasi.
price discriminationdiskriminasi hargaEkonomiTiadaPengenaan harga yang berbeza bagi barang yang sama kepada pembeli yang berlainan. Diskriminasi harga selalunya diamalkan oleh firma monopoli apabila terdapat perbezaan keanjalan permintaan antara kumpulan pembeli. Misalnya, kadar bayaran bagi penggunaan elektrik, air, dan perkhidmatan telefon berbeza antara kegunaan kediaman dengan kegunaan perusahaan.
sex discriminationdiskriminasi jantinaEkonomiTiadaLayanan kurang baik terhadap pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki. Misalnya, pembayaran gai dan upah yang rendah diberi kepada pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki kerana prasangka terhadap kebolehan , kemahiran, dan kekuatan tenaga fizikal kaum wanita, serta ketiadaan kesatuan sekerja wanita. Sinonim diskriminasi wanita.
discriminationdiskriminasiSains PolitikPolitik PerbandinganAksi, tindakan, layanan atau proses yang berat sebelah kepada kelompok tertentu. Amalan ini wujud disebabkan oleh perbezaan sosial seperti kasta, kelas, etnik, agama, warna kulit, bahasa dan budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dominasi sosial yang berasaskan kepada perbezaan tersebut menyebabkan muncul perasaan terpinggir, penafian dan kekecewaan oleh kelompok yang didominasi. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila tindakan diskriminasi ini dijelmakan dalam bentuk dasar sosial, politik dan ekonomi yang dilihat hanya menguntungkan kelompok dominan. Contohnya, etnik kulit hitam di Afrika Selatan yang didiskriminasi oleh pemerintah kulit putih sewaktu rejim Aparteid.
discriminationdiskriminasi; pembezalayananKependudukanTiadaTiada
discriminationdiskriminasi; pembezalayananAeroangkasaTiada2. Keupayaan sistem komunikasi untuk mengasingkan isyarat.
discriminationdiskriminasi; pembezalayananKejuruteraanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas