Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dis.ku.si] | ديسکوسي

Definisi : perbincangan mengenai sesuatu hal: majlis ~ yg mula-mula diadakan oleh PENA bertempat di Kuala Lumpur; berdiskusi berbincang: setiap hari mereka ~ tentang persoalan-persoalan dlm pe­lajaran mereka; mendiskusikan membincangkan sesuatu hal: perkara yg akan didiskusikan nanti bukanlah mengenai soal novel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dis.ku.si] | ديسکوسي

Definisi : perbincangan mengenai sesuatu hal: Malam ini ada majlis ~ di Balai Budaya. berdiskusi berbincang (mengenai sesuatu hal): Mereka ~ ttg isu yg hangat itu. mendiskusikan membincangkan sesuatu hal: Ahli-ahli panel sedang ~ novel itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diskusi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
lokakaryadiskusi intelektualLain-lain25.09.2014
1. apakah makna digniti? bolehkah pihak tuan memberi definisi yang tepat untuk perkataan tersebut? 2. adakah perkataan diskusi diterima dalam bahasa melayu? 3. bagaimanakah bentuk penulisan kata majmuk apabila digabungkan dengan kata terbitan? bolehkah pihak tuan memberikan beberapa contoh penulisan tersebut?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, digniti bermaksud 1. sifat yg mulia, kemuliaan, kebesaran: mereka menganggap kerja mereka sbg satu profesion yg mempunyai maruah dan ~ tersendiri; 2. kedudukan (gelaran, pangkat, dll) yg tinggi: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri.

2. Perkataan diskusi diterima pakai dalam bahasa Melayu.

3. Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Contohnya campur aduk -> mencampuradukkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75.

Istilah14.10.2009
Assalamualaikum. Terlebih dahulu, terima kasih atas semua jawapan daripada pertanyaan saya sebelum ini. Soalan: Apakah perbedaan antara: 1. Seminar 2. Wacana 3. Diskusi 4. Konvensyen 5. Forum dan istilah-istilah yang sepertinya? Terima kasih.1. Seminar bermkasud perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu.

2. Wacana pula ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatu­an fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan.

3. Diskusi bermaksud perbincangan mengenai sesuatu hal.

4. Konvensyen ialah persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa .

5. Forum bermaksud perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka.

Tuan boleh merujuk atau melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian perkataan lain.
Makna22.10.2013
adakah perkataan sindikasi merujuk kepada sesi pre council atau sesi diskusi face to face. boleh kah digunakan dalam surat rasmi seperti contoh Jadual Sesi Sindikasi bagi tujuan Pemurnian dokumenPerkataan sindikasi tiada dalam bahasa Melayu. Padanan yang sesuai untuk face-to-face discussion ialah perbincangan bersemuka.Makna05.02.2020
1) ciri ciri penting dalam menghasilkan karangan berbentuk taklimat dan diskusi.

Sila rujuk buku ini:

Seni Mengarang - Penulisan Karangan KBSM, Popular, llmiah: Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja

Sulaiman MasriKarisma Publications2004

 

Tertib mengarang - asas retorik untuk pelajar dan pendidik

Awang SariyanDewan Bahasa dan Pustaka2007
 
Lain-lain05.03.2008
Ada dua soalan 1. Panggilan hormat untuk pegawai daerah sama ada YBrs atau YBhg. Adakah jika ada haji itu mempengaruhi penggunaan panggilan hormat ? dan adakah beza sekiranya kedudukannya berbeza? cth: pegawai daerah sebagai penganjur majlis, dan pegawai daerah yang menjadu tetamu kehormat dalam majlis 2. Diskusi Maqasid Syariah dan kaitannya dengan tadbir urus & kepimpinan. Mohon cadangan untuk tambah baik tajuk ini sama ada perkataan "kaitannya" boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Perkaitan ke?

1. "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan sapaan Yang Berbahagia (YBhg.)

2. Cadangan tajuk yang sesuai ialah: "Diskusi Maqasid al-Syariah dan Kaitannya dalam Tadbir Urus dan Kepimpinan"

Lain-lain28.09.2021
apakah tugas DBP dalam perkembangan bahasa Melayu dan bagaimana langkah-langkah yang diambil agar ia diterioma sebagai bahasa peeantaraan(national language/official language)?Antara tugas DBP adalah untuk membina dan memperkembang bahasa Melayu. Dalam hal ini DBP telah banyak melaksanakan pelbagai kegiatan seperti seminar,forum,diskusi, pertandingan dan hadiah galakan untuk memupuk rasa cinta kepada bahasa Melayu dan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa yang betul dan bermutu tinggi.  Lain-lain29.03.2008
Assalamualaikum, Maafkan saya sekiranya soalan saya ini telah menyinggung mana2 pihak. Saya bukanlah Pakar Bahasa, tetapi saya rasa sedikit kecewa dan terkilan. Boleh tak saya dapatkan penjelasan, apakah rasionalnya kita me"Melayu"kan perkataan2 bahasa inggeris yang mana terdapat istilah Melayu yang tepat untuk maksud perkataan2 tersebut. Antara perkataan2 yang dikenalpasti dan digunakan secara meluas adalah : -diskusi (discussion) -dekorasi (decoration) -kolaborasi (collaboration) -dedikasi (dedicate) Yang amat mengecewakan saya adalah perkataan "KOREKSIONAL", yang telah digunapakai dalam akhbar arus perdana. Menurut petikan akhbar tersebut, ia bermaksud "pembetulan" yang diambil dari perkataan "correctional" merujuk kepada pengurusan Penjara. harap maklum.

Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata  dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat.     

Istilah30.04.2010
1) maksud sudut pandangan dalam sastera melayu. 2) plot sastera melayu
1. Tidak ada maklumat khusus tentang sudut pandangan dalam pangkalan data kami, secara amnya sudut pandangan ialah penilaian seseorang terhadap sesuatu perkara. jika dalam konteks ini penilaian seseorang tokoh tentang sesuatu isu dalam dunia sastera.
2. Plot ialah jalan atau jalinan sesuatu cerita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih rinci, sila rujuk buku tentang diskusi dan kritikan sastera.
Sastera02.05.2014
1. 'Ibu bapa berbangga akan kita' atau 'Ibu bapa berbangga dengan kita' 2. Apakah perbezaan penggunaan berdiskusi dan mendiskusikan

Ayat yang betul ialah “Ibu bapa berbangga akan kita”

Berdiskusi adalah berbincang mengenai sesuatu perkara, isu dan sebagainya secara formal.  Contoh:  Pusat Budaya ialah tempat pertemuan seniman untuk berdialog, berdiskusi, berforum dan berkarya.

Mendiskusikan adalah membicarakan sesuatu melalui diskusi.  Contoh:  Mereka dapat mendiskusikan masalah mereka dengan negara-negara yang memiliki agama, politik dan ideologi yang sama dengan mereka. 


Tatabahasa04.01.2023
12

Kembali ke atas