Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dis.ku.si] | ديسکوسي

Definisi : perbincangan mengenai sesuatu hal: majlis ~ yg mula-mula diadakan oleh PENA bertempat di Kuala Lumpur; berdiskusi berbincang: setiap hari mereka ~ tentang persoalan-persoalan dlm pe­lajaran mereka; mendiskusikan membincangkan sesuatu hal: perkara yg akan didiskusikan nanti bukanlah mengenai soal novel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dis.ku.si] | ديسکوسي

Definisi : perbincangan mengenai sesuatu hal: Malam ini ada majlis ~ di Balai Budaya. berdiskusi berbincang (mengenai sesuatu hal): Mereka ~ ttg isu yg hangat itu. mendiskusikan membincangkan sesuatu hal: Ahli-ahli panel sedang ~ novel itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diskusi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
discussion boardpapan diskusiTeknologi MaklumatTiadaPapan buletin dalam talian yang membolehkan pengguna menghantar mesej dan melihat maklum balas kepada mesej yang dihantar, ataupun pengguna boleh membaca sahaja mesej yang ada. Dalam Internet , Usernet menyediakan beribu-ribu papan diskusi. Perisian papan diskusi kini boleh didapati untuk aplikasi Web.
discussion groupkumpulan diskusiTeknologi MaklumatTiadaLihat forum diskusi
discussion forumforum diskusiTeknologi MaklumatTiadaKumpulan individu yang saling bertukar-tukar mesej tentang topik yang diminati bersama. Kumpulan ini selalu dikaitkan dengan kumpulan berita tetapi boleh juga berbentuk papan diskusi, forum dalam talian, kumpulan list
common consentpersetujuan umumPentadbiranPentadbiran Awam

Kata sepakat dan ketetapan yang dicapai terhadap sesuatu isu atau perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Persetujuan umum boleh dicapai melalui diskusi, dialog, forum, perbincangan, perdebatan, mesyuarat perwakilan dan undian. Biasanya persetujuan umum dibuat kerana melibatkan keutamaan banyak pihak seperti orang awam, NGO, syarikat persendirian, badan berkecuali dan lain-lain lagi, khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kekeliruan. Antara tujuan utama persetujuan umum diadakan adalah untuk mencapai sesuatu tuntutan demi kepentingan bersama.Contohnya, persetujuan umum dibuat untuk mendesak pihak pemerintah menaikkan gaji kakitangan awam dan mengawal kenaikan harga barang.

distance learningpembelajaran jarak jauhTeknologi MaklumatTiadaCara mendapat pendidikan tanpa perlu bersemuka di dalam kelas. Pada akhir-akhir ini, Internet sering digunakan untuk menyampaikan kandungan, jadual, kerja kursus dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lain. Forum diskusi juga semakin banyak digunakan untuk pembelajaran kolaboratif di kalangan peserta kursus dengan pengajar atau fasilitator.

Kembali ke atas