Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.sul.fi.da] | ديسولفيدا

Definisi : (Kim) sebarang sebatian yg mengan­dungi dua atom sulfur yg terikat pd radikal atau unsur, mis karbon disulfida CS2. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disulfida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbon disulfide poisoningkeracunan karbon disulfidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada karbon disulfida (formula kimia, CS2), iaitu cecair dengan takat didih 46�C, yang digunakan dalam bentuk wap sebagai insektisid dan sebagai pelarut industri. Bahan ini boleh menyebabkan kesesakan dan edema saluran gastrousus. Had pendedahan ialah 10 ppm, dan dos parah dianggarkan 1 g secara pengingesan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan. Keracunan akut yang terjadi akibat terdedah pada kepekatan dari 100 ppm hingga 1000 ppm menyebabkan gejala yang bermula dengan keresahan, kerengsaan membran mukus, rabun penglihatan, loya dan muntah, serta sakit kepala, yang seterusnya mengakibatkan tidak sedar dan lumpuh pernafasan. Jika terkena pada kulit, karbon disulfida menyebabkan kemerahan dan rasa pedih, dan kemudian retak dan mengelupas. Jika cecair terus bersentuhan dengan kulit selama beberapa minit, kebakaran darjah kedua mungkin terjadi. Pengingesan menyebabkan muntah, sakit kepala, sianosis, pengurangan pernafasan, tekanan darah turun, tidak sedar, terketar-ketar, konvulsi, dan mati. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyerapan kulit pada mulanya menyebabkan sensasi aneh pada bahagian-bahagian hujung anggota dan kemudian hilang deria dan lemah otot. Gejala seterusnya ialah kerengsaan, hilang daya ingatan, rabun penglihatan, hilang selera makan, insomnia, depresi mental, pening, rasa lemah, dan ketar Parkinson. Kematian mungkin disebabkan perubahan degeneratif dalam otak dan saraf tunjang. Bau telur busuk dikesan semasa bedah siasat.
disulphidedisulfidaKimiaTiada1. Sebarang sebatian yang mengandungi dua atom sulfur yang terikat pada radikal atau unsur. Misalnya, karbon disulfida, CS2. 2. Salah satu kumpulan sebatian organosulfur, RSSR’, yang mungkin bersimetri, iaitu R = R’ atau yang tidak bersimetri, iaitu R ¹ R’ (R ialah kumpulan alkil atau aril).
disulphidedisulfidaKimiaTiada1. Sebarang sebatian yang mengandungi dua atom sulfur yang terikat pada radikal atau unsur.
disulphide bondikatan disulfidaFizikTiadaTiada
carbon disulphidekarbon disulfidaFizikTiadaTiada
formamidine disulfideformamidina disulfidaKimiaTiadaTiada
vanadium disulphidevanadium disulfidaKimiaTiadaTiada
disulphide bondikatan disulfidaVeterinarTiadaTiada
carbon disulphidekarbon disulfidaGeologiTiada1. Sulfida yang digunakan sebagai pelarut minyak, lemak, dan getah, dan juga digunakan dalam penyingkir cat.
vanadium disulphidevanadium disulfidaKimiaTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas