Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditegah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forbiddenditegahUndang-undangTiadaTiada
prohibited objectbarang laranganSukanTiadaBarang yang ditegah digunakan oleh petinju semasa perlawanan. Contohnya minyak urut, gris dan alat yang boleh mencederakan pihak lawan, sama ada dipakai pada tangan, lengan atau anggota badan yang lain.
taboopantang larang/tabuSosiolinguistikTiadaBahasa yang ditegah daripada menyebutnya. Penggunaan perkataan ini selalunya berkaitan dengan konotasi negatif dan dianggap sebagai larangan oleh masyarakat.
prohibited articlesbarang laranganPentadbiran PerniagaanTiadaBenda pos yang ditegah untuk dikendalikan oleh pihak pejabat pos seperti senjata, dadah dan sebagainya.
stop payment listsenarai cegah bayaranPentadbiran PerniagaanTiadaCatatan bersusun yang mengandungi nama orang yang ditegah untuk menerima bayaran daripada pejabat pos oleh sebab-sebab tertentu.
dominical labellabel tegah serahPentadbiran PerniagaanTiadaLabel kecil yang mudah cerai terdapat di bahagian bawah pada setem Belgium antara tahun 1893-1914 yang mengandungi arahan ditegah serah surat tersebut pada hari Ahad.
Islamic financingkewangan IslamEkonomiEkonomi IslamPengeluaran, pengagihan dan pembelian kedua-dua tuntutan ekuiti dan liabiliti oleh ejen ekonomi bagi memperoleh aset yang menghasilkan perolehan. Semua elemen ini bebas daripada unsur yang ditegah oleh syarak seperti riba, maisir, gharar dan jahalah.
tasriyyattasriahPerniagaan IslamTiadaPerbuatan mengikat puting susu ternakan atau tidak memerah susunya supaya haiwan tersebut kelihatan mempunyai susu yang banyak. Tasriyyat bertujuan mengelirukan bakal pembeli supaya penjual dapat menjual haiwan dengan harga yang tinggi. Perbuatan ini ditegah kerana terdapat unsur penipuan.
civil service neutralitykeberkecualian perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang bebas, tidak terpengaruh atau condong kepada individu atau pihak tertentu dalam menggubal sesuatu dasar dan membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini menjadi landasan kepada semua anggota perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa terikat kepada sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar. Melalui prinsip ini, kakitangan awam ditegah terlibat secara aktif dalam sebarang parti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan Tatatertib (Perintah Am Bab ‘D’). Begitu juga di dalam konteks yang melibatkan kumpulan etnik, agama, ideologi dan gender, perkhidmatan awam seharusnya bebas dari sebarang bentuk pengaruh.

khiyar ta‘yinpilihan penentuanPerniagaan IslamTiadaHak memilih dan menentukan salah satu atau lebih barangan yang berlainan dari segi harga dan sifat produk tersebut dalam tempoh tertentu. Contohnya, pembeli diberi hak untuk memilih tiga buah jam tangan pada harga yang berlainan. Pembeli berhak memilih atau melakukan ta‘yin untuk satu produk sahaja. Jumhur ulama berpendapat khiyar ini ditegah kerana tidak ditentukan produk yang hendak dijual, tetapi mazhab Hanafi mengharuskannya atas dasar keperluan manusia berdasarkan syarat, produk yang hendak dijual atau dipilih itu mestilah tidak lebih daripada tiga jenis produk sahaja, tiga jenis produk yang hendak dijual mestilah berlainan harga dan sifatnya serta mestilah ditentukan harga bagi setiap produk, masa untuk melakukan khiyar tidak lebih daripada tiga hari sahaja, dan penjual bersetuju untuk berurus niaga.
12

Kembali ke atas