Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diucapkan

Peribahasa

Mulut terlanjur,
     emas tentangannya.

Bermaksud :

Perkataan (janji) yang sudah diucapkan harus ditepati.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
one-linerdialog sebarisKesenianDrama dan TeaterDialog yang diucapkan secara ringkas. Dialog ini diucapkan sebaris oleh watak dan tujuannya adalah untuk menimbulkan kesan lucu.
curtain linedialog penutupKesenianDrama dan TeaterDialog yang diucapkan oleh watak yang memberikan kesimpulan kepada keseluruhan cerita sesebuah drama. Dialog ini biasanya diucapkan pada penghujung atau pada detik-detik sebelum berakhirnya sesebuah drama.
monologuemonologKomunikasiTiadaKata-kata yang diucapkan oleh pelakon secara berseorangan dalam tempoh masa yang agak panjang dalam sesebuah rancangan drama.
litanylitaniKesusasteraanTiadaRangkaian doa yang diucapkan oleh pasukan koir gereja. Litani mengandungi untaian permohonan, pujian dan kebaktian yang disampaikan bersama-sama, bersahut-sahutan atau berulang-ulang. Jenis pengulangan ini ditiru daripada sajak duniawi Barat yang menyentuh pelbagai topik, sama ada berkaitan dengan agama, falsafah atau sentimen lagu. Isinya boleh bersifat bersungguh-sungguh atau ejekan, namun pengulangan yang terdapat dalam sajak ini masih dianggap tinggi nilai sasteranya.
sarcasmsindiranKesusasteraanTiadaPerkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi.
invectivecaci makiKesusasteraanTiadaKata-kata keji yang diucapkan kerana marah dan sebagainya.
raprapMuzikTiada

 Naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip-hop yang muncul dalam masyarakat orang kulit hitam di kota New York pada tahun 1970-an. Rap telah diadaptasikan oleh remaja di serata dunia dengan menggunakan bahasa dan dialek masing-masing untuk meluahkan perasaan. Dalam budaya hip-hop, penyanyi rap memakai kemeja-T, seluar besar, kasut kanvas, topi besbol dan menari tarian break. Rap juga dinyanyikan oleh deejay di kelab tarian. Contohnya, lagu rap di Malaysia termasuklah Fanatik oleh KRU dan Alhamdulillah oleh Too Phat. Lihat juga hip-hop.

tiradedialog pidatoKesenianDrama dan TeaterDialog yang diucapkan oleh watak yang memberikan gambaran seperti ceramah atau ucapan rasmi untuk membangkitkan semangat atau menimbulkan reaksi tertentu daripada khalayak. Contohnya, dialog watak Zahdi dalam Wira Bukitkarya A. Samad Said.
linelineKesusasteraanTiadaDialog dalam skrip atau yang diucapkan oleh pelakon semasa pementasan.
الصيغةlafaz ijab dan kabulAgama IslamFiqhLafaz yang diucapkan oleh kedua pihak yang melakukan sesuatu akad. Contohnya, dalam urusan jual beli, penjual berkata "saya jual" dan disambut oleh pembeli "saya beli".
1234

Kembali ke atas