Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diumumkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah HADIAH KARYA ILMIAH DBP 2009 telah diumumkan?bila ianya akan diumumkan?Hadiah Karya Ilmiah DBP masih belum diumumkan.   Proses penghakiman telah dilaksanakan. Pengumuman tentangnya akan dibuat seberapa segera yang mungkin.Lain-lain11.02.2011
salam...tahun lepas ada peraduan penulisan ilmiah, dan saya ada menghantar manuskrip kepada pihak tuan...saya ingin tahu sahaja, adakah pemenang peraduan itu telah diumumkan? tarikh diumumkan itu bila dan adakah keputusan telah dibuat? terima kasih.

Assalamualaikum,

                           Pertandingan Hadiah Karya Ilmiah Tahun 2009 yang ditawarkan kepada penulis pada hujung tahun 2008 telah ditutup tarikhnya pada 30 November 2009. Semua bahan penulisan yang diterima oleh Urus Setia sedang dalam proses penilaian awal dan kemudian Panel Penilai Pakar akan dilantik untuk menilai bahan ini. Oleh yang demikian, pemenang pertandingan belum lagi diumumkan. Mohon tuan bersabar kerana Urus Setia akan memaklumkan keputusannya dalam tahun ini.  

 

Diharap saya menjawab pertanyaan tuan. Terima kasih.

 

Lain-lain06.02.2010
Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan tentang ayat aktif kepada ayat pasif. soalan: Saya telah mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas. jawapan pertama: Keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas telah saya capai. jawapan media: Keputusan yang baik telah saya capai dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas. Adakah kedua-dua jawapan ini betul? Bolehkah saya minta tuan tentang penjelasan yang teliti. Terima kasih.

Ayat pasif yang betul ialah Keputusan yang baik telah saya capai dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas.

Tatabahasa15.06.2023
Kamala berasa ...... kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. Jawapan: gusar atau celaruAyat yang betul ialah, Kamala berasa celaru kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. - celaru bermaksud kacau-bilau (fikiran).Tatabahasa03.05.2010
Betulkah ayat berkenaan? "PKP seterusnya diumumkan oleh Perdana Menteri untuk dilanjutkan hingga 28 April pada 10 April, dan hingga 12 Mei pada 23 April." Hari bulan sebelum "pada" merujuk tarikh PKP dilanjutkan. Hari bulan selepas "pada" merujuk kepada hari ia diumumkan.Binaan ayat yang betul ialah "Pada 10 April 2020, Perdana Menteri mengumumkan PKP akan dilanjutkan hingga 28 April 2020, manakala pengumuman PKP seterusnya pada 23 April 2020 akan dilanjutkan hingga 12 Mei 2020."   Tatabahasa23.09.2020
Bilakah keputusan peraduan mengarang cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan? Apakah media yang akan digunakan oleh anda untuk memberitahu para pemenang?Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Keputusan Peraduan Mengarang Cerpen dan Puisi Sekolah Menengah 2009 akan diumumkan selewat-lewatnya pada bulan Jun 2010. Surat akan dikirimkan kepada pemenang serta melalui laman sesawang DBP. Sekian, terima kasihLain-lain09.03.2010
Selamat pagi, keputusan peraduan itu sudah diumumkan belum?

Sdr Perana,

Sila tidak faham apakah keputusan yang dimaksudkan. Sila jelaskan.

Lain-lain03.06.2010
Bilakah keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 akan diumumkan?

Keputusan peraduan menulis cerpen dan puisi sekolah menengah 2009 mungkin akan dikeluarkan pada bulan Mei 2010, buat masa ini pihak panel hakim masih dalam proses penilaian/penghakiman.  Mudah-mudahan karya saudara dipilih sebagai salah satu karya yang memenangi hadiah.

Lain-lain12.03.2010
Nur Dania Izzani Aug 29th, 11:12pm Adakah pemenang pertndngan menulis cerpen sudah diumumkan?Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 2nd, 9:25am Sila hubungi bahagian berkenaan dengan menelefon 30-2147 9207 Puan Zabidah Yahya atau Puan Norimah Bajuri Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja 03-2147 9202.Lain-lain02.09.2014
Mohd. Syed Alwi ISN 7.23 PTG di mana nak dapat senarai 140 istilah yang baru diumumkan?Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya.Lain-lain21.08.2017
123

Kembali ke atas