Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diumumkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNKO

UNKO, parti politik di Sabah.  UNKO ialah singkatan United National Kadazan Organization.  Parti ini ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 khas untuk suku kaum Kadazan dan dipimpin oleh Donald Stephens.  Ketika gagasan Malaysia diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, UNKO bersama-sama beberapa parti politik lain di Sabah dan di Sarawak telah menolak gagasan tersebut.  Donald Stephens kemudian menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perpaduan Malaysia bagi memeriksa dan menyelidik pendapat rakyat Sabah tentang gagasan itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA, ideologi negara yang dirumuskan sebagai norma hidup warganegara Malaysia berbilang kaum bagi mencapai konsensus baru dan perpaduan nasional ekoran Peristiwa 13 Mei 1969.  Rukun Negara diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERSATUAN MELAYU PAHANG

PERSATUAN MELAYU PAHANG, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Mac 1938 di Kuala Lipis, Pahang.  Ia ditubuhkan sebaik-baik sahaja, berita penubuhan Persatuan Melayu Perak diumumkan di akhbar.  Para pemimpinnya terdiri daripada golongan bangsawan dan pegawai tadbir negeri.  Presidennya ialah Tengku Muhamad bin Sultan Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.  Manakala naib presidennya ialah Dato’ Husin bin Muhammad Taib, Orang Besar Empat Pahang.  Penaung persatuan ini ialah Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
SEKOLAH ALAM SHAH

SEKOLAH ALAM SHAH, sekolah menengah berasrama penuh pertama yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk sekolah menengah.  Sekolah Alam Shah terletak di Cheras, Kuala Lumpur.  Penubuhan sekolah ini adalah hasil dan kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajar Kebangsaan yang diumumkan melalui Laporan Razak pada tahun 1956. Sekolah ini menjadi jambatan yang menyediakan peluang kepada pelajar aliran Melayu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH

HADIAH NOVEL GAPENA-YAYASAN SABAH, peraduan menulis novel. Peraduan ini merupakan salah satu kegiatan GAPENA menerusi pertandingan menulis novel selepas sayembara menulis novel ESSO-GAPENA. Ia dilancarkan pada hari Ahad, 5 Mac 1978, di Hotel Merlin, Kuala Lumpur. Setiap para peserta diberi tempoh satu tahun bagi menyerahkan manuskrip yang telah disiapkan. Ini bermakna tarikh akhir bagi menyerahkan naskhah ialah pada 5 Mac 1979, genap satu tahun selepas pelancarannya. Keputusan diumumkan sekitar bulan Ogos 1979 sempena Mesyuarat Agung GAPENA ke-8.

SASTERAAnugerah/Hadiah

Kembali ke atas