Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "Dividend Equalisation" dan "Net Dividend Payable" sebagai "Penyamaan Dividen" dan "Dividen Bersih Dibayar"? Terima kasih. | Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan: 1. Dividend equalization: Penyamaan dividen 2. Net dividend payable: Dividen bersih belum bayar/boleh dibayar/perlu bayar Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 19.02.2022 |
definasi 'sekuriti', definasi 'keselamatan', definasi 'pusat' dan definasi 'membeli' yang lengkap | sekuriti bermaksud 1. sijil saham,bon dsb. bagi membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen 2. keselamatan bermaksud perihal selamat,kesejahteraan, keamanan 3. pusat bermaksud 1. lekuk di tengah-tengah perut2. titik di tengah-tengah sekali3.kawasan yang terletak di tengah-tengah benar 4. membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.07.2008 |
Mohon terjemahan atas kata berikut: Corporate Governance 1. Board Of Independence 2. CEO duality Capital Structure 1. Short Term to Total Debt 2. Long Term to Total Debt 3. Total Debt to Total Asset 4. Leverage 5. Short Term Leverage 6. Long Term Leverage 7. Divident Policy Firm Characteristic 1. Firm Size 2. Leverage 3. Age Firm 4. Liquidity 5. Board Size Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Corporate Governance – Tadbir Urus Korporat 2. Board of Independence – Lembaga Bebas 3. CEO duality – Kedualan KPE atau Kedualan CEO 4. Capital Structure – Struktur Modal 5. Short Term to Total Debt- Hutang Jangka Pendek kepada Jumlah Hutang 6. Long Term to Total Debt - Hutang Jangka Panjang kepada Jumlah Hutang 7. Total Debt to Total Asset - Jumlah Hutang kepada Jumlah Aset 8. Leverage – Leveraj 9. Short Term Leverage – Leveraj Jangka Pendek 10. Long Term Leverage – Leveraj Jangka Panjang 11. Divident Policy – Dasar Dividen 12. Firm Characteristic – Ciri-Ciri Firma 13. Firm Size – Saiz Firma 14. Leverage - Leveraj 15. Age Firm – Usia Firma 16. Liquidity - Kecairan 17. Board Size – Jumlah Ahli Lembaga Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2017 |