Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.vi.syen] | ديۏيشن

Definisi : 1. unit tentera yg merupakan se­bahagian drpd kor, biasanya terdiri drpd 10 000–15 000 orang anggota dan dibahagikan kpd tiga briged; 2. kelompok yg terdiri drpd beberapa pasukan dlm sesuatu liga (bola sepak dsb): pasukannya gagal mengalahkan pasuk­an sulung dlm ~ ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.vi.syen] | ديۏيشن

Definisi : 1 unit tentera yg merupakan sebahagian drpd kor, biasanya terdiri drpd 10,000–15,000 anggota dan dibahagikan kpd tiga briged. 2 kelompok yg terdiri drpd beberapa pasukan dlm sesuatu liga (mis bola sepak): Beliau bermain dlm ~ A utk musim ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata divisyen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA REGIONAL GROUP" Apakah nama yang sesuai untuk di bahasa melayukan? Asalnya adalh:- "THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA DIVISION" (INSTITUSI JURUTERA STRUKTUR, DIVISYEN MALAYSIA) Apakah kata yang tepat untuk "REGIONAL GROUP" untuk di bahasa melayu kan. Harap pihak tuan dapat membantu memandangkan REGISTRAR OF SOCIETY memerlukan nama ENGLISH & MELAYU serentak. Kami dalam proses menukar nama pertubuhan. Terima kasihDalam istilah Sains Politik, istilah South Asian Regional Cooperation (SARC) diterjemahkan kepada Kerjasama Serantau Asia Selatan. Berdasarkan data yang ada kami mencadangkan Malaysia Regional Group diterjemahkan kepada Kumpulan Serantau Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan07.05.2015
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre (A Division of Perodua Sales Sdn Bhd) Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Divisyen Perodua Sales Sdn Bhd) 2. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Bahagian Perodua Sales Sdn Bhd) 3. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Sebahagian dari Perodua Sales Sdn Bhd)Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain15.05.2015
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre 9A division of Perodua Sales Sdn Bhd) Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Divisyen Perodua Sales Sdn Bhd) 2. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Bahagian Perodua Sales Sdn Bhd) 3. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Sebahagian dari Perodua Sales Sdn Bhd)Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain15.05.2015
Cadangan bagi terjemahan 'pasukan keselamatan belia' untuk sebarang maklum balas atau pembetulan yang boleh memberikan impak lebih yang baik hasil dari penjenaan pasukan tersebut. senarai berkenaan adalah seperti yang berikut; ANGAKATAN SUKARELA MUDA KDN (ASMK) PASUKAN SUKARELA MUDA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KDN (PASUKK) KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1KDN (KMK 1KDN) ANGKATAN MUDA AMAN KDN (AGMA) / (AGAMA) ANGKATAN MUDA : KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN BRIGED BELIA KESELAMATAN BRIGED KESELAMATAN MUDA 1KDN (BKMK @ BKM1K)Setelah perbincangan diadakan, kami berpendapat nam yang paling baik dan sesuai digunakan ialah KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1 KDN (KMK 1 KDN). Untuk makluman, ejaan "KESATRIA" adalah salah, dan ejaan yang betul ialah KESATRIAN. Ejaan "1KDN" juga adalah salah dan perlu dieja berasingan, iaitu 1 KDN. Perkataan kesatria lebih sesuai dan lebih memberi impak kerana kesatria bermaksud "orang yang gagah berani", berbanding dengan perkataan "angkatan sukarela, pasukan sukarela dan angkatan muda" yang kurang memberi impak. "BRIGED" pula tidak sesuai kerana dalam kamus Dewan Edisi Keempat, briged bermaksud divisyen tentera yang biasanya terdiri daripada markas, beberapa unit penempur (misalnya batalion infantri atau rejimen kereta perisai) dan unit penyokong.Tatabahasa02.05.2014

Kembali ke atas