Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diwajibkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta kepastian sama ada Semua data yang dikutip akan diproses / Data yang dikutip akan diproses. Staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan/semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan Yang mana betul ? Terima kasih. Ng Chee HuayKata bilangan "semua" perlu hadir dalam ayat tersebut. 

1. Semua data yang dikutip akan diproses.
2. Semua staf sekolah itu diwajibkan hadir ketika perhimpunan.
Tatabahasa11.07.2013
Penggunaan Tatabahasa Ayat: 1. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap. 2. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, tingkaan 3, dan tingkatan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap Soalan: Ayat mana yang betul, 1 atau 2?. Apakah kesalahannya? Terima kasih.Kedua-duanya betul dan gantikan perkataan menggunakan kepada memakai.Tatabahasa07.02.2012
Badan berkanun apa yang tidak diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ?Semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tiada yang terkecuali dalam hal melaksanakan peruntukan Perkara 52, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya.Lain-lain25.09.2014
saya mohon teguran sama ada wujud kesalahan atau sebaliknya berkenaan ayat yang saya bina ini ; 1. "KLIEN YANG BERURUSAN DIMESTIKAN MEMAKAI MASK/PENUTUP MULUT" 2. " SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER " sekian terima kasih.Salam sejahtera,

1. PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA SEMASA BERURUSAN DI KAUNTER. ATAU PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA KETIKA BERURUSAN.

2. SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER ANTARA PELANGGAN LAIN
Tatabahasa13.05.2020
Penggunaan "salutation" YBhg,, Yg Berhormat dan sebagainya didalam surat menyurat atau ucapan adalah diwajibkan. Bagaimana pula didalam aturcara program (brochure)? Terutamanya apabila senarai nama didalam program semuanya adalah VVIP (menteri, ahli korporat - Tan Sri, Dato, dll). Adakah wajib meletakkan "salutation" di setiap senarai nama individu?Dalam penulisan rasmi, bagi menunjukkan kesantunan berbahasa, kata sapaan wajib dimasukkan dengan gelaran kehormat individu. Untuk rujukan berkaitan kata sapaan, sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP).Tatabahasa12.11.2013
apakah dasar penggunaan bahasa melayu di institusi pengajian tinggi swasta? Dalam sistem persekolahan kerajaan, penggunaan bahasa Melayu diwajibkan sebagai bahasa pengantar utama dari peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke institusi pengajian awam. Bagi pusat pengajian tinggi swasta,  tidak dapat dipastikan tentang penggunaan bahasa Melayu. Sila rujuk Jabatan Pengajian Tinggi (Swasta), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Lain-lain19.02.2008
Tuan, saya berhasrat membuat papan iklan pada tiang lampu di dalam kawasan Kuala Lumpur dan dibawah PBT DBKL. Oleh itu, syarat diwajibkan untuk menghantar sesalinan cetakan papan iklan tersebut pada DBP untuk semakan bahasa. Jadi soalan saya, apakah talian, pegawai bertugas, dan alamat yang perlu saya hantar. Soalan ke2, bolehkah saya mewakilkan hal ini kepada pekerja saya?Untuk mendapatkan khidmat pengesahan teks bahasa Melayu dalam iklan, sila datang ke  Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Tuan atau wakil tuan boleh datang membawa visual iklan ini.  Sekiranya tuan hendak menghantar visual melalui faks, sila gunakan nombor  03 - 21422029.Lain-lain13.06.2010
Perkataan 'justeru' bukan penanda wacana. Jika 'justeru' bukan penanda wacana, mungkinkah 'justeru' berperanan sebagai kata hubung ? Adakah ayat di bawah boleh diterima? 1. Justeru, para pelajar diwajibkan hadir pada petang ini. 2. Hujan yang turun tanpa henti-henti, justeru menyebabkan banjir kilat berlaku.

Justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; "Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur dan saksama." Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 atau merujuk terus penulis buku tersebut seperti Datuk Dr. Nik Safiah Karim. 

Penggunaan justeru dalam kedua-dua contoh ayat yang diberi adalah kurang tepat.

Tatabahasa10.04.2010
Ex-gratia

Tuan Haji Ramli,

Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun maksud perkataan ini ialah : diberikan atau dibuat sbg suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang: bayaran ~

Lain-lain22.02.2010
Selamat Pagi. Saya ingin mendapatkan persetujuan/perakuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Nama Bangunan/Skim Pembangunan. Saya akan berasa sukacitanya sekiranya tuan/puan dapat memberitahu tatacara mendapatkan surat tersebut.Surat ini diwajibkan oleh Jabatan Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih.Sila gunakan borang kuning yang diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL. Dalam borang tersebut, nyatakan kenapa nama yang dicadangkan tersebut diminta perakuan untuk pengesahan dan DBP akan memberi ulasan dalam ruangan DBP. DBP akan memperakui penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik serta menggambarkan citra Malaysia.Lain-lain21.11.2011
123

Kembali ke atas