Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.Öa] | دعاء

Definisi : 1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Per­sekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia mem­baca berbagai-bagai ~; ~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya di­lanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana me­ngucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb); berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mende­katkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia se­lalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anak­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.Öa] | دعاء

Definisi : 1 permintaan atau permohonan kpd Tuhan: ~ selamat doa kerana bersyukur kpd Tuhan atau kerana meminta berkat. 2 jampi, serapah dll. ~ pendinding doa utk menjauhkan diri drpd segala macam bahaya. ~ pengasih jampi yg membuat orang kasih kpd seseorang. berdoa bermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki. mendoakan memohon sesuatu kpd Tuhan; berdoa utk memohon sesuatu: Aku ~ keselamatanmu. Ibu ~ kejayaan anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doa

Puisi
 

Dayang-dayang sedang menari,
     Sekalian kadam petik kecapi;
Doa adik lebihlah lagi,
     Saya ajak abang sendiri.


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
grace6. short prayer, doa: to say ~ before or after a meal, membaca doa sebelum atau selepas makan; 7. (when addressing or referring to a duke, duchess, archbishop) Yang Teramat Mulia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prayern 1. (request addressed to God or to object of worship) doa; (set ritual) sembahyang: my ~s were answered, doa saya telah dikabulkan; my dawn ~, sembahyang subuh saya; hasn’t got a ~, (colloq) tak ada can langsung: poor Alice!. She hasn’t got a ~ of passing the exam, kasihan Alice!. Dia tak ada can langsung lulus dlm peperiksaan itu; /say, offer / o’s ~s, berdoa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prayer2. practice of praying,(ber)doa; (by performing set ritual) sembahyang: ~ can ease your mind, berdoa dapat menenangkan fikiran saudara; in ~, berdoa: his lips moved in ~, bibirnya kumat-kamit berdoa; 3. set form of words used when praying, doa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prayer-bookn buku doa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Lord’s Prayern (Christianity) doa yg diajarkan oleh Jesus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intonevt (prayer, psalms) membaca [doa] dgn berlagu; (poem), /membaca, mendeklamasikan/ [sajak] dgn berlagu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invocationn 1. prayer, doa; 2. incantation, mantera, jampi; 3. act of, a. (calling on God, deity for help, etc) berdoa kpd [Tuhan, dewa]; b. (appealing to a Muse for inspiration in poem) pemujaan, memuja: ~ to the Muses, memuja Dewi-Dewi Seni; c. (summoning spirit etc by incantation) penyeruan, menyeru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jabbervt also ~ out, mengujarkan [n] cepat-cepat; (o’s prayers) membaca [doa] cepat-cepat: to ~ out o’s thanks, mengujarkan ucapan terima kasih cepat-cepat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
remissionn 1. forgiveness, pengampunan: the ~ of sins through prayer, pengampunan dosa melalui doa; 2. shortening of convict’s prison sentence, peringanan hukuman: he got two year’s ~ for good conduct, dia mendapat peringanan hukuman selama dua tahun krn berkelakuan baik; 3. release from penalty, obligation, etc, pelepasan: we applied for ~ of the tax, kami memohon pelepasan cukai; 4. lessening, peredaan, mereda: the storm continued without ~, ribut itu berterusan tanpa mereda; the drug brought about some ~ of the fever, ubat itu membawa keredaan kpd demam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
say3. recite, membaca: the children were taught to ~ grace before meals, budak-budak itu diajar membaca doa sebelum makan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas