Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.Öa] | دعاء

Definisi : 1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Per­sekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia mem­baca berbagai-bagai ~; ~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya di­lanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana me­ngucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb); berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mende­katkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia se­lalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anak­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.Öa] | دعاء

Definisi : 1 permintaan atau permohonan kpd Tuhan: ~ selamat doa kerana bersyukur kpd Tuhan atau kerana meminta berkat. 2 jampi, serapah dll. ~ pendinding doa utk menjauhkan diri drpd segala macam bahaya. ~ pengasih jampi yg membuat orang kasih kpd seseorang. berdoa bermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki. mendoakan memohon sesuatu kpd Tuhan; berdoa utk memohon sesuatu: Aku ~ keselamatanmu. Ibu ~ kejayaan anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doa

Puisi
 

Dayang-dayang sedang menari,
     Sekalian kadam petik kecapi;
Doa adik lebihlah lagi,
     Saya ajak abang sendiri.


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Mohon pengesahan/ penjelasan tuan/puan bagi perkataan yang bersesuaian berdasarkan situasi: 1) Doa Ketika Mendengar Petir atau Doa Ketika Mendengar Bunyi Petir 2) Doa Keluar Masjid atau Doa Keluar dari Masjid Terima kasih.1. Doa Mendengar Petir
2. Doa Keluar Masjid
Lazimnya sesuatu tajuk termasuklah tajuk doa ditulis ringkas. Hal ini berbeza dengan ayat yang ditulis dengan binaan lengkap, seperti berdoa ketika mendengar petir dan berdoa ketika keluar dari masjid.
Tatabahasa15.09.2020
Saya pelajar universiti fatoni ingin bertanya tentang makna dalam bahasa melayu, perkataan doa"Doa" berasal daripada perkataan Arab bermaksud seru, panggil atau minta. Kebiasaannya doa merujuk kepada permohonan seseorang kepada Allah SWT.Istilah07.04.2015
Dimakbulkan doa / Dikabulkan doa?Kedua-dua frasa tersebut betul.Tatabahasa10.04.2012
mengimamkan bacaan doa atau mengimami bacaan doa...Frasa yang betul ialah "mengimami bacaan doa", mengimami bermaksud memimpin.Tatabahasa05.07.2011
Ayat manakah yang lebih tepat: Baca doa selepas azan. atau Baca bacaan doa selepas azan.Ayat yang betul ialah "Baca doa selepas azan".Tatabahasa23.06.2013
Rangkai kata ini tidak terdapat dalam PRPM Apakah maksud "mengirimkan doa"? Adakah ia bermaksud mengirimkan doa kepada tuhan ataupun seseorang berdoa untuk kebaikan seseorang yang lain?Kirim lazimnya digunakan dalam konteks sesuatu yang boleh dilihat secara fizikal seperti surat. Dalam konteks agama Islam, kita meminta alim ulama atau wali mendoakan kesihatan kita atau orang lain, dan kita tidak menggunakan istilah mengirimkan doa.Tatabahasa16.07.2012
Adakah ayat berikut betul untuk Kata Ganti Nama Diri singkatan yang merujuk kepada Tuhan.Adakah kedua-dua ayat berikut betul dan gramtis? (a) "Ya Tuhan, Kaurahmatilah keluargaku,” doa Pak Ahamad. (b) "Ya Tuhan, Engkau rahmatilah keluargaku,” doa Pak Ahamad.Kedua-dua ayat tersebut betul:

(a) "Ya Tuhan, Kaurahmatilah keluargaku,” doa Pak Ahamad.
(b) "Ya Tuhan, Engkau rahmatilah keluargaku,” doa Pak Ahamad.

Tatabahasa15.11.2015
Assalamualaikum Wrbt. Mohon semakan ejaan yang tepat untuk ayat berikut : Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa SelamatEjaan bagi Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat adalah betul.Istilah04.09.2018
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon bertanya apakah perkataan yang bersesuaian untuk situasi anak memperdengarkan hafalan doa, hadis dan zikir kepada ibu bapa. Adakah perkataan (hafalan atau hafazan) yang bersesuaian? 1) Perdengarkan (hafalan / hafazan) doa kepada ibu bapa 2) Perdengarkan (hafalan / hafazan) hadis kepada ibu bapa 3) Perdengarkan (hafalan / hafazan) zikir kepada ibu bapa Terima kasih atas perhatian pihak tuan/ puan.Perkataan yang sesuai ialah hafazan.  Tatabahasa10.09.2020
Rakan saya menyatakan “amin” bermakna aman, “aamin” bererti meminta perlindungan, “amiin” bermaksud jujur dan “aamiin” ya Allah, kabulkan doa kami. Dia mencadangkan agar kita menggunakan ejaan “aamiin” untuk maksud mengaminkan doa. Apakah pandangan DBP?Amin ialah perkataan bahasa Arab dan dieja sedemikian. Bahasa Melayu tidak memberikan penambahan vokal bagi perkataan yang disebut panjang, sebaliknya satu vokal melambangkan satu jenis sebutan.Ejaan07.03.2012
1234

Kembali ke atas