Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ kesyukuran doa kerana me­ngucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : doa kerana bersyukur kpd Tuhan atau kerana meminta berkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doa selamat

Puisi
 

Bunga kesum tebing tinggi,
     Nampak dari Kuala Segamat;
Singgah terlangsung saya ke mari,
     Minta doa biar selamat.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Wrbt. Mohon semakan ejaan yang tepat untuk ayat berikut : Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa SelamatEjaan bagi Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat adalah betul.Istilah04.09.2018
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan. 1) Apakah perbezaan selamat sejahtera dan selamat pagi? 2) Antara selamat sejahtera dan selamat pagi yang mana lebih baik di gunakan? 3) Apakah maksud selamat sejahtera dan selamat pagi? Sekian terima kasih.

1. Selamat sejahtera ialah ucapan atau doa yang berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera. Manakala, ucapan selamat pagi ialah kata sapaan yang biasa diucapkan; "Selamat tengah hari", "Selamat malam", "Selamat petang" dan "Selamat pagi". 2. Kedua-dua ucapan tersebut biasa digunakan masyarakat kita, bergantung pada konteks penggunaan.




Lain-lain12.04.2013
apakah maksud perkataan 'selamat'Antara makna selamat ialah 10ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. 2. terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gangguan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi.Makna09.08.2010
Selamat sejahtera, Biasanya kata hubung dan kata sendi nama apabila ditulis sebagai tajuk, digunakan huruf kecil bagi awal perkataannya. Namun, bagaimanakah pula dengan kata hubung komplemen [bahawa & untuk (tapi lazimnya "untuk" ditulis dengan huruf kecil)], kata hubung keterangan (sekiranya, apabila, ketika, sehingga, jika dan sebagainya) Cth: 1) Doa *apabila* Melihat Orang Memakai Pakaian Baharu 2) Bacaan *ketika* dan Selepas Azan 3) Perkara *yang* Perlu Dilakukan *apabila* Bermimpi *tentang* Sesuatu *yang* Menakutkan 4) Doa *bagi* Mereka *yang* Waswas *dalam* Beriman 5) Doa demi Keselamatan Ahli Keluarga Sekian, terima kasih.Kata hubung dan kata sendi jika ditulis dalam tajuk perlulah ditulis dengan huruf kecil. Berikut ialah jawapan untuk contoh di atas:

1) Doa apabila Melihat Orang Memakai Pakaian Baharu.
2) Bacaan Ketika dan Selepas Azan (Ketika huruf K besar kerana tidak berfungsi sebagai kata hubung, kata hubung dalam ayat ini ialah dan).
3) Perkara yang Perlu Dilakukan apabila Bermimpi tentang Sesuatu yang Menakutkan.
4) Doa bagi Mereka yang Waswas dalam Beriman.
5) Doa demi Keselamatan Ahli Keluarga.
Tatabahasa21.06.2021
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon bertanya apakah perkataan yang bersesuaian untuk situasi anak memperdengarkan hafalan doa, hadis dan zikir kepada ibu bapa. Adakah perkataan (hafalan atau hafazan) yang bersesuaian? 1) Perdengarkan (hafalan / hafazan) doa kepada ibu bapa 2) Perdengarkan (hafalan / hafazan) hadis kepada ibu bapa 3) Perdengarkan (hafalan / hafazan) zikir kepada ibu bapa Terima kasih atas perhatian pihak tuan/ puan.Perkataan yang sesuai ialah hafazan.  Tatabahasa10.09.2020
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Mohon pencerahan pihak tuan/puan tentang pencerakinan suku kata. Contoh perkataan seperti berikut: 1) beliau > be/li/au atau be/liau 2) berdoa > ber/do/a atau ber/doa 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan atau me/nga/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um atau kaum 5) perempuan > pe/rem/puan atau pe/rem/pu/an 6) Bolehkan diterangkan secara terperinci pencerakinan suku kata jika terdapat huruf diftong. Contoh perkataan "haiwan" dan "tauladan" Terima kasih.1) beliau > be/li/au
2) berdoa > ber/do/a
3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan 
4) kaum > ka/um
5) perempuan > pe/rem/puan
6)  Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai,au dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut

haiwan > h/ai/wan
tauladan > t/au/la/dan

Tatabahasa22.10.2019
Assalamu'alaikum, Mohon saya berkongsi pendapat (Saya pernah mengajukan perkara ini ke Facebook DBP). Kebelakangan ini saya dapati istilah ‘SALAM’ acap kali disalahguna dan disalahertikan. Bermula dengan “SALAM SEJAHTERA” sehinggalah sekaran ini yang semakin popular; “SALAM TAKZIAH”. Ucapan salam adalah bermaksud doa kepada seseorang dengan tujuan supaya penerima ujapan tersebut mendapat sejahtera, bahagia dan seumpamanya. Saya rasa DBP sendiri tentunya maklum, erti SALAM adalah; SEJAHTERA, SELAMAT (kata asalnya adalah salam). Kalau dalam bahasa Inggeris pula ia boleh membawa maksud; HAPPY, PEACE, MERRY. Bayangkan makna SALAM TAKZIAH jika diterjemah kedalam bahasa Inggeris; HAPPY CONDOLENCE. Kita berharap seseorang itu boleh BAHAGIA dalam suasana DUKA. Saya dapati perkara seperti ini kerap dilakukan oleh juruacara, pengacara media massa, pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan orang ramai. Ditakuti nanti ia akan menjadi budaya yang salah kerana kita tidak boleh menafikan apabila ia sudah menjadi kebiasaan, maka amat susah untuk diperbetulkan seperti ucapan SALAM SEJAHTERA.Salam membawa dua maksud, iaitu sejahtera dan penyataan hormat seperti lazimnya kita berjabat tangan apabila menyatakan perasaan sukacita ataupun dukacita. Merujuk konteks yang tersebut penggunaan Salam Takziah sebagai menyatakan perasaan dukacita dengan cara hormat. Ungkapan Salam Sejahtera pula jika diamat-amati membawa makna yang berulang-ulang kerana salam juga bermaksud sejahtera. Walau bagaimanpun ungkapan Salam Sejahtera telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa04.09.2012

Kembali ke atas