Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.doi] | دودوي

Definisi : lagu (nyanyi) yg didendangkan utk me­nidurkan anak, dondong, pengulit: maka Pangkulun pun minta halal segala dukung kilik, ~ dan lala serta air susu drpd ibunya; mendodoikan melagukan (menyanyikan) utk menidurkan anak, mendondong, meng­ulitkan: dr jauh kedengaran suara itu ~ anaknya dgn pantun-pantun tua; dodoian dodoi: ~ yg sumbang juga berguna kpd bayi yg mendengar perubahan rentak dan nada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.doi] | دودوي

Definisi : lagu yg didendangkan utk menidurkan anak. mendodoikan menidurkan anak dgn bernyanyi: Dia kerap kali ~ anaknya sebelum tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dodoi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lullabydodoiKesusasteraanTiadaLagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul.
berceuseberceuseMuzikTiada

 Lagu dodoi atau lagu mengulit. Berceuse juga merujuk kepada karya instrumental yang menimbulkan suasana dodoi dan biasanya dalam meter dupel. Contohnya, Berceuse D flat major, Op. 57 (1843-1844) oleh Chopin.

lullabydodoiKesenianTiadaLagu yang didendangkan untuk menidurkan anak.
lullabydodoiKesusasteraanTiadaTiada
lullabydodoiKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khusus untuk dinyanyikan atau didendangkan. Bertujuan untuk menidurkan anak kecil sama ada dalam buaian ataupun di pangkuan ibu. Contohnya, Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Sudah pandai baca kitab.
cradle songlagu dodoiKesenianTiadaLagu yang didendangkan untuk menidurkan anak. Sinonim dengan istilah lullaby
cantilenakantilenaMuzikTiada

 Lagu dodoi Itali yang bermelodi merdu dalam tempo sederhana. Kantilena juga merujuk kepada bahagian melodi utama dalam sebuah karya koral.


Kembali ke atas