Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dok.trin] | دوکترين

Definisi : prinsip atau kepercayaan yg dianggap benar dan satu-satunya yg dapat diterima: ~ Monroe; ~ Karl Marx; mendoktrinkan menerapkan atau me­na­nam­kan sesuatu doktrin (utk dijadikan pe­gangan): fakta yg sama dinyatakan oleh Ajikik pd zaman Jepun utk ~ drama demi kepentingan strategi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dok.trin] | دوکترين

Definisi : ajaran (bkn agama, sesuatu ilmu dll) yg dianut atau yg dijadikan pegangan: ~ Karl Marx. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doktrin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DOKTRIN MONROE

Doktrin Monroe, dilancarkan oleh Presiden

James Monroe dalam satu ucapannya di Kongres

Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Doktrin

ini menjamin semua negara yang merdeka di

Hemisfera Barat daripada campur tangan negara

Eropah sama ada “untuk tujuan menindas mereka

atau mengawal kehidupan mereka dengan apa

cara sekalipun.”

UMUM 
DOKTRIN DULUAN

Doktrin duluan ialah prinsip undang-undang yang merujuk kepada sebarang keputusan yang boleh digunakan sebagai piawaian atau contoh dalam mengendalikan kes-kes terkemudian yang hampir serupa.

UNDANG-UNDANGKonsep
SWEDENBORGIAN

Swedenborgian ialah orang yang mengikut

rumusan doktrin Kristian sebagaimana yang

diajarkan oleh Emanuel Swedenborg, ahli teologi

Sweden. Gereja yang berasaskan doktrin ini

ditubuhkan di London pada tahun 1787, dan di

Amerika Syarikat pada tahun 1792. Gereja-gereja di

Amerika Syarikat dan Kanada mewujudkan General

Convention of the New Jerusalem pada tahun 1817.

Sebuah badan yang berasingan, iaitu General

Church of the New Jerusalem, diasaskan pada

tahun 1890. Penganut fahaman ini mempunyai

perkumpulan dan misi di serata dunia, biasanya

dengan cara bersekutu dengan badan-badan di

Amerika Syarikat atau dengan Conference of the

New Church di United Kingdom.

UMUM 
THIRTY-NINE ARTICLE

Thirty-Nine Article ialah satu kenyataan doktrin

yang dikeluarkan di England pada tahun 1563 dan

diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1571. Artikel

ini diwujudkan untuk menyelesaikan perbalahan

agama yang dibangkitkan oleh Reformasi Protestan.

Artikel ini menetapkan kedudukan agama yang

diterima semua oleh penduduk Inggeris. Artikel ini

masih kekal sebagai doktrin Gereja Anglikan dan

disahkan oleh paderi Gereja England.

UMUM 
KEDAULATAN RAKYAT

Kedaulatan rakyat ialah doktrin yang

diwujudkan semasa berlakunya perselisihan

tentang dasar perhambaan yang menjadi

sebahagian daripada sejarah awal Amerika

Syarikat.

UMUM 
DASAR PEMENCILAN

Dasar pemencilan ialah satu doktrin yang

diamalkan oleh orang yang berpendirian bahawa

sesebuah negara sepatutnya mengambil pendirian

bebas daripada negara lain.

UMUM 
ADVENTIS

Adventis ialah ahli kumpulan keagamaan yang

menekankan doktrin Kedatangan Kedua yang

percaya bahawa Jesus Christ mungkin kembali ke

dunia pada bila-bila masa.

UMUM 
REVIVALISME

Revivalisme merupakan pendekatan terhadap

agama yang menekankan pengalaman keagamaan

seseorang dan bukan doktrin. Ia sering kali

dikaitkan dengan ceramah yang bersemangat dan

penuh emosi.

UMUM 
SKOLASTISISME

Skolastisisme ialah sistem falsafah yang

menekankan penggunaan taakulan dalam

menerokai persoalan falsafah dan teologi.

Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan

kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba

menyelesaikan pendapat yang bertentangan

dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai

pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an

hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200-

an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah

dan di universiti di barat Eropah.

UMUM 
ARIANISME

Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal

yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah,

Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan

pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga

orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak dan Roh

Kudus – adalah sama. Arius menafikan bahawa

Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar

tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar

bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa

dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius,

Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang

dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia.

Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia

daripada Roh Kudus.

UMUM 
12

Kembali ke atas