area search | penggolongan perkara | Perpustakaan | Tiada | Pemeriksaan sekumpulan besar dokumen untuk mengasingkan dokumen-dokumen tersebut kepada satu kelas umum, kategori atau topik. |
alienation | pindah milik; pengasingan | Perpustakaan | Tiada | 1. Perbuatan memindahkan penjagaan atau pemilikan dokumen-dokumen kepada suatu agensi atau seseorang yang tidak ada hubungan secara rasmi dengan organisasi yang terlibat dengan penyimpanan dokumen seperti arkib. |
chronfile | fail kronologi | Perpustakaan | Tiada | Fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang disusun mengikut susunan kronologi. |
classified material | bahan sulit | Perpustakaan | Tiada | Memoranda, laporan dan dokumen-dokumen lain yang diperoleh daripada jabatan-jabatan kerajaan, industri, dan perbadanan-perbadanan lain, institusi penyelidikan dan sebagainya yang dilabelkan sulit dan rahsia. Sinonim: Maklumat sulit. |
browse | semak lewa | Perpustakaan | Tiada | Menyemak kandungan koleksi buku, atau dokumen-dokumen tanpa tujuan dan secara sepintas lalu. |
closed file | fail tertutup | Perpustakaan | Tiada | 1. Fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang telah diambil tindakan dan keputusan muktamad dan bahan-bahan seterusnya tidak mungkin dimasukkan di dalam fail yang sama.,2. Fail yang pengaksesannya terhad atau tidak mudah dirujuk disebabkan oleh kandungannya sulit. |
letter post | surat pos | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sebarang bentuk perhubungan bertulis atau dokumen-dokumen yang dihantar oleh seseorang antara diserahkan kepada seseorang atau ke alamat tertentu yang menjadi komunikasi antara pengirim dan penerima dalam keadaan semasa atau peribadi yang mempunyai |
transitory health record | rekod kesihatan transit | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Aplikasi elektronik yang mengandungi rutin surat-menyurat atau dokumen-dokumen lain yang bersifat sementara dan bukan sebahagian daripada rekod pentadbiran. Rekod ini tidak diperlukan untuk mengekalkan fungsi pentadbiran dan tidak difailkan di bawah sistem pengelasan rekod standard. |
accounting transaction | urus niaga perakauanan | Pentadbiran Perniagaan | Pos | Aktiviti perniagaan yang berhubung dengan jualan, perbelanjaan dan lain-lain yang dibuktikan oleh dokumen-dokumen tertentu. |
accession number | nombor induk | Perpustakaan | Tiada | Nombor yang diberi kepada setiap buku yang telah dicatatkan di dalam daftar perolehan atau nombor yang diberi kepada makalah dalam majalah berkala atau dokumen-dokumen lain yang telah diindeks. |