Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata domain 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
domaindomainTeknologi MaklumatTiada1. Dalam Internet, domain terdiri daripada satu set alamat rangkaian. Domain ini diurus secara aras. Aras teratas menentukan kawasan geografi atau tujuan kesepunyaan. Aras kedua menentukan suatu kawasan unik dalam domain teratas. 2. Dalam Windows NT dan Windows 2000, satu domain ialah satu set sumber rangkaian seperti aplikasi, pencetak dan lain-lain untuk sekumpulan pengguna. Pengguna perlu log masuk ke dalam domain untuk mencapai sumber, yang mungkin ditempatkan dalam pelayan yang berbeza dalam rangkaian.
domaindomainTeknologi MaklumatPerisian1. Kumpulan komputer dan peranti pada rangkaian yang diuruskan sebagai satu unit dengan prosedur dan peraturan yang sama. Dalam Internet, domain ditakrifkan oleh alamat IP. Kesemua peranti yang berkongsi bahagian alamat IP yang sama dikatakan berada dalam satu domain. 2. Dalam teknologi pangkalan data, domain merujuk kepada huraian nilai atribut yang dibenarkan. Huraian atribut fizikal ini merupakan set nilai yang boleh dimiliki oleh atribut, semantik dan logik. 3. Kawasan atau masalah tertentu yang melibatkan penggunaan sistem perisian. Contoh domain ialah kawalan masa nyata, pemprosesan data perniagaan dan pensuisan telekomunikasi.
analytic continuationpenyelanjaran analisisMatematikTiada1. Pembentukan bagi suatu fungsi analisis yang pembatasan bagi sesuatu domain adalah fungsi analisis yang diberi.,2. Fungsi analisis yang unik yang mengembangkan sesuatu fungsi analisis itu kepada suatu domain yang lebih besar.
IP addressalamat IPTeknologi MaklumatTiadaAlamat yang diumpukkan kepada setiap subrangkaian, domain, dan nod komputer dalam Internet. Setiap subrangkaian, domain, dan nod komputer akan mempunyai alamat IP yang unik. Alamat IP ini dianalogikan sebagai alamat rumah bagi membolehkan data dihantar ke komputer destinasi yang tepat. Alamat IP diungkapkan dalam bentuk XXX.XXX.XXX.XXX dengan X adalah sebarang nombor antara 0 hingga 9, serta setiap tiga digit XXX adalah sebarang nombor antara 001 hingga 256. setiap XXX diwakili oleh 8 bit dan keseluruhan alamat IP diwakili oleh 32 bit. Ungkapan XXX.XXX.XXX.XXX juga dikenali sebagai “4 nombor berdot” atau “kuad berdot”. Contohnya alamat IP adalah 202.185.39.218 yang setara dengan 11001010. 10111001. 00100111. 11011010. Digit 202 merujuk kepada kelas Internet (Kelas C). Digit 185 merujuk kepada domain rangkaian. Digit 39 Alamat IP dibahagikan kepada beberapa kelas hierarki dengan melihat 4 bit pertama alamat IP iaitu:Kelas A : alamat yang bermula dengan 0xxx, atau nombor 1 hingga 126. * Kelas B : alamat yang bermula dengan 10xx, atau nombor 128 hingga 191 * Kelas C : alamat yang bermula dengan 110x, atau nombor 192 hingga 223 * Kelas D : alamat yang bermula dengan 1110, atau nombor 224 hingga 239. Alamat kelas ini digunakan untuk multisiar. * Kelas E : alamat yang bermula dengan 1111, atau nombor 240 hingga 254. Alamat ini disimpan untuk kegunaan masa akan datang dan tidak boleh digunakan untuk alamat hos. Alamat IP 32-bit menghasilkan 4,294,967,296 alamat (232). Bagaimanapun ini masih tidak mencukupi. Alamat IP yang baru kini berasaskan kepada IPv6.yang berasaskan kepada 128 bit (berbanding kepada yang berasaskan 32 bit) dan boleh menghasilkan kepada 2 128 alamat IP yang berbeza.
complexifymengkomplekskanMatematikTiada1. Menjadikan lebih kusut. 2. Memperluaskan kepada domain kompleks.
powder patternpola serbukFizikModen1 Pola garis pada filem atau kertas yang dibentuk dengan kaedah belauan serbuk oleh sinar-X. 2 Pola yang dibentuk oleh zarah koloid atau serbuk sangat halus yang terserak di permukaan bahan magnet. Pola ini menunjukkan domain magnet di dalam hablur tunggal bahan tersebut.
functionfungsiMatematikTiada1. Hubungan antara pemboleh ubah dengan salah satu pemboleh ubah yang diungkapkan dalam sebutan pemboleh ubah yang lain. Pemboleh ubah yang pertama itu dinamai pemboleh ubah bersandar, manakala pemboleh ubah yang lain dinamai pemboleh ubah tak bersandar. Katakanlah y suatu fungsi x yang ditulis y = f(x), maka y ialah pemboleh ubah bersandar dan x ialah pemboleh ubah tak bersandar. Misalnya, katalah y = x2 - 2x, y ialah suatu fungsi dalam sebutan x. 2. Hubungan yang mengaitkan setiap unsur dalam sesuatu set dengan hanya satu unsur dalam set yang sama atau berlainan. Katalah suatu fungsi f dari set A ke set B yang ditulis f: A → B, setiap unsur a ɛ A dikaitkan dengan hanya satu unsur b ɛ B; ditulis b = f(a) dan b disebut nilai f pada a atau imej bagi a di bawah f; juga disebut ”a dipetakan kepada b” atau “f memetakan a kepada b”. A ialah domain dan B ialah kodomain. Fungsi f dikatakan tertakrif pada set A dan mempunyai nilai dalam set B. Sinonim pemetaan.
cojmposite functionfungsi gubahanMatematikTiadaFungsi yang diungkapkan sebagai fungsi bagi fungsi lain. Katakanlah f dan g dua fungsi, fungsi h yang ditakrif h(x) = f(g(x)) bagi x ← domain g dikenali sebagai fungsi gubahan f dan g dan ditulis h = f ₀ g. Contoh: Katalah f(x) = x2 + 1, g(x) = x3, jika h = f ₀ g dan k = g ₀ f, maka h(x) = f(g(x)) = x6 + 1 dan k(x) = g(f(x)) = (x2 + 1)3.

Kembali ke atas