Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.mi.nan] | دومينن

Definisi : 1. berkuasa atau berpengaruh, men­dapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb): kita sering terjumpa cerita yg mengisahkan bagaimana suatu kaum yg lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sbg ‘buffer’ dlm suatu pertembungan; terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~; 2. (Bio) bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia): warna perang pd rambutnya merupakan sifat ~ yg diwarisi drpd ibunya; 3. (Bio) bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.mi.nan] | دومينن

Definisi : ist 1 bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk, misalnya ibu atau bapa bagi manusia. 2 bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dominan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud dominan?Makna dominan ialah: 1. berkuasa atau berpengaruh, men­dapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb; 2. (Bio) berkenaan sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia; 3. (Bio) berkenaan banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan.Makna02.01.2013
adakah waktu/masa, lapang/rehat,alat/bahan, identiti/imej, pangkal/hujung, utama/dominan termasuk dalam sinonim kontkes, laras sosial atau kolokasi??Contoh-contoh yang tuan berikan ada yang merupakan sinonim dan ada juga antonim, kesemua kata ini juga berkait boleh berkolokasi dalam ayat tertentu. Tidak ada maklumat yang rinci berkaitan tajuk dan contoh ini dalam pangkalan data kami.Tatabahasa19.03.2015
Tolong berikan maksud perkataan : tamsilan, kendatipun, uswah, sikap hidonisme, sikap altrisme, paradigma, holistik, pemangkin dominan,

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain02.11.2010
Mohon pihak tuan memberikan definisi/penerang lebih terperinci untuk Misi dan Visi berikut : a. Misi: Mempertahankan Kedaulatan Dan Kepentingan Maritim Negara Menerusi Dominan Peperangan Bawah Air. b. Visi: Angkatan Kapal Selam yang Berwibawa Dan DigeruniDBP tidak mempunyai maklumat mengenai misi dan visi jabatan. DBP hanya boleh memberikan maksud sesuatu perkataan berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sila rujuk makna setiap perkataan tersebut melalui laman prpm.dbp.gov.myMakna16.01.2017
Contoh ayat sebelum dan selepas yang diminta berkaitan terjemhaan tepat untuk "free market entry". Saya terjumpa terjemahan ini ketika mencari di internet (bahan berkaitan istilah ekonomi) "Jika perusahaan anda mempunyai kedudukan dominan dalam suatu pasaran, anda perlu mmemastikan perusahaan anda tidak menggunakan kedudukan yang kukuh dalam pasaran itu untuk merosakkan persaingan. Walau bagaimanapun faktor-faktor lain akan diambil kira dalam menilai dominans termasuk faktor sama ada terdapat kebebasan keluar masuk pasaran".Pada pandangan kami, terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan free market entry ialah kemasukan ke pasaran bebas.Penyemakan dan penterjemahan10.10.2017
adakah penggunaan perkataan "pemerkasaan" dalam ayat adalah betul, atau penggunaan ayat memperkasakan lebih tepat?Kata terbitan 'pemerkasaan' dan 'memperkasakan' adalah betul, memperkasakan (kata kerja) bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya), manakala pemerkasaan (kata nama) ialah perihal memperkasakan.Tatabahasa08.03.2011
Salam sejahtera, saya membuat carian berkenaan dominant wave dalam PRPM kerana saya tidak pasto wave itu membawa maksud gelombang atau ombak. Namun, nampaknya kedua-dua istilah ini dicadangkan dan setahu saya gelombang dan ombak merupakan konsep berbeza. Huraian yang diberikan juga sedikit mengelirukan. Bolehkah saudara cadangkan istilah yang paling tepat daripada kedua-dua istilah ini?Berdasarkan data dalam PRPM, kedua -dua istilah, iaitu ombak dominan dan gelombang dominan ialah padanan bahasa Melayu yang betul untuk "dominant wave". Oleh itu, penggunaan kedua-dua istilah tersebut bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Istilah12.08.2016
ISTILAH MELAYU UNTUK PERKATAAN: 1. COMMUNITY ENGAGEMENT 2. REINFORCES DORMINANT CULTURE NORMS 3. AFFIRMS YPUTH WORKER POWER

Untuk makluman istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data kami. Cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1. community engagement - keterlibatan masyarakat

2. reinforces dominant culture norms - memperkukuh norma kebudayaan dominan

3. affirms youth work power - menegaskan/menyatakan/mengesahkan tenaga kerja belia (terdapat beberapa padanan untuk affirm, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan) 

Istilah22.04.2011
"memberdaya personaliti insan guru" satu tajuk yang disampaikan dalam satu ceremah motivasi. Sesuaikah perkataan "memberdaya" untuk menggantikan perkataan "memperkasa".

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan memberdaya tiada dalam rujukan kami,  yang ada ialah perkataan mendayai atau kedayaan bagi maksud memberi tenaga atau kebolehan membuat sesuatu. Manakala memperkasakan pula bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya).  Daripada huraian di atas menunjukkan bahawa kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza.

Makna11.02.2009
Apakah jenis ayat di bawah. 1. Sedar atau tidak bahasa Melayu ketinggalan sebagai medium utama dalam dua revolusi terdahulu, iaitu Revolusi Pertanian (8000 sebelum Masehi) dan Revolusi perindustrian ( 1765 Masehi) 2.Kini dunia mengalami gelombang ketiga menerusi Revolusi Teknologi Maklumat yang dikatakan bermula seawal 1955. 3. Revolusi ini mempercepatkan lagi proses globalisasi, mencorakkan semula ekonomi serta mempengaruhi cara hidup dan cara manusia bekerja. 4.Sejak awal lagi bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa komunikasi utama di internet. 5. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di internet dan transaksi e-dagang sangat dominan. 6. Apabila perniagaan di internet mula berkembang di Barat dan menular ke serata dunia, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa komunikasi pemasaran.Kesemua contoh ayat yang diberikan boleh dikategorikan dalam kumpulan ayat penyata, iaitu ayat yang yang mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.Tatabahasa07.04.2013

Kembali ke atas