Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : (dongéng) 1. = cerita ~ cerita kha­yalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata; berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu; mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, me­ngecek, dan memujuk dia supaya ber­kahwin; mendongengkan ki menyampaikan (men­ceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri; kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ngéng] | دوڠيڠ

Definisi : /dongéng/ 1 cerita rekaan yg mengkhayalkan: ~ Bawang Putih Bawang Merah, ~ Pak Kaduk dll sangat disukai oleh kanak-kanak. 2 tidak benar (bkn berita, khabar dll); (yg) diada-adakan saja: Berita itu adalah ~ dan karut belaka. mendongeng bercerita ttg (kisah) dongeng; membuat dongeng: Ibu itu rajin ~ kpd anak-anaknya. mendongengkan menyampaikan atau menceritakan dongeng: Sesetengah orang tua selalu ~ kisah-kisah lama kpd cucu-cucu mereka. dongengan cerita yg karut, yg mengkhayalkan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dongeng


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bestiarydongeng ugama binatangKesusasteraanTiadaTiada
fabledongeng binatang/cerita binatangKesusasteraanTiadaCerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang.
fabledongeng binatang/cerita binatangKesusasteraanTiadaCerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang.
fabledongeng binatang/cerita binatangSejarahTiadaCerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang.
fairy taledongeng pari-pariKesusasteraanTiadaCerita khayalan yang menampilkan watak yang tidak wujud di dunia nyata seperti pari-pari, dewa-dewi, mambang dan sebagainya.
fairy taledongeng pari-pariKesusasteraanTiadaTiada
fairy taledongeng pari-pariPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Canterbury TalesDongeng CanterburySejarahTiadaTiada
wonder talesdongeng ajaibKesusasteraanTiadaCerita yang mengandungi unsur-unsur ajaib dan menakjubkan. Contoh: cerita Jula Juli Bintang Tiga, Syair Bidasari dan Syair Selendang Delima.
fables testujian dongeng binatangPendidikanTiadaTiada
123

Kembali ke atas