Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dor.man] | دورمن

Definisi : (Bio) bkn jangka masa ketika aktiviti biologi haiwan atau tumbuhan berkurang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dor.man] | دورمن

Definisi : ist dlm keadaan rehat atau tidak aktif dan beberapa proses biologi menjadi perlahan atau terhenti utk sementara waktu. kedormanan keadaan dorman: Biji benih kelapa sawit mempunyai tempoh ~ yg panjang, yakni tidak mudah bercambah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dorman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya perlu mendapatkan terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk perkataan "dormant claim". Ia diperlukan untuk penerbitan ilmiah. Setelah bertanya kepada beberapa orang rakan sekerja, mereka menyatakan "tuntutan terpendam" dan "tuntutan pasif" sebagai tidak sesuai dan kelihatan pelik maksudnya. Mohon bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang paling tepat.Kami mencadangkan "dormant claim" diterjemahkan sebagai "tuntutan terbiar", "tuntutan tidak aktif", "tuntutan tertangguh" atau "tuntutan tersembunyi". Untuk makluman, istilah ini juga boleh diterjemahkan sebagai "tuntutan dorman" kerana terdapat istilah "akaun dorman" (dormant account) dalam Bidang Perbankan. (Rujukan: Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan)Istilah10.11.2020

Kembali ke atas