Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.rong] | دوروڠ

Definisi : ; mendorong 1. menyorong (ke de­pan), menolak (dr belakang ke depan), tampil (ke depan): kereta yg kehabisan minyak itu telah didorong ke tepi jalan; 2. ki mem­berangsangkan, mempengaruhi, menyebab­kan (jadi sesuatu): tidak pernah saya ketemui orang yg sanggup menolong dan ~ saya melanjutkan pelajaran saya spt Pak Man itu; keinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~ saya utk bekerja di kapal; apa yg diutarakan mereka dlm mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yg meruap-ruap di dada mereka; keengganan King Philip membenarkan mereka berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempat-tempat yg banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh; dorong-mendorong bertolak-tolakan; mendorongkan menyorongkan (ke depan), menolakkan, menampilkan (ke muka): dia ~ lagi badannya di celah-celah orang ramai itu ke pintu stadium; terdorong 1. terlangsung (ke depan), ter­sorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk me­laku­kan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki badan merasa, ~ lidah emas pa­dahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya; dorongan 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan fa­ham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri; keterdorongan keadaan (perihal) ter­dorong: ~ orang utk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi; pendorongan perihal atau perbuatan men­dorong; pendorong 1. (benda) yg mendorong (me­nyorong, menganjur, dll), penyorong, pe­nolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong, penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan Melayu supaya ber­sungguh-sungguh mempelajari Bahasa Ke­bangsaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.rong] | دوروڠ

Definisi : ; mendorong 1 menolak (ke depan); menyorong (ke depan): Kereta yg rosak itu terpaksa didorong ke tepi. 2 memberi galakan; memberangsangkan; mempengaruhi: Saya berhutang budi kpdnya kerana dialah yg ~ saya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. terdorong 1 terlangsung (ke depan); tersorong (tertolak) ke depan: Keretanya kemik sebelah kerana ~ ke dlm longkang. 2 terpengaruh (tertarik, terpaksa) utk melakukan sesuatu: Setelah dipujuk berkali-kali, ~ juga dia utk pergi bersama mereka. dorongan 1 hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2 nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. pendorongan perbuatan atau hal mendorong. pendorong 1 benda yg mendorong (menyorong dll). 2 sesuatu atau seseorang yg menggalakkan (memberangsangkan); penggalak: Tidak ada ~ yg kuat utk orang-orang Melayu berkecimpung dlm lapangan perniagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dorong


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sastera dorong kecermelanganNorliza Abd. RahmanUtusan Malaysia11.10.1994
Kesedaran dorong Latiff menulis mengenai buku biografiTiadaUtusan Malaysia10.10.1984
Penulisan dorong Maarof ceburi bidang kesatuanTiadaUtusan Malaysia12.09.1983
Tanggungjawab dorong Datin Raya untuk terus berkaryaSalbiah JabrinSabah Times24.10.1994
Seminar dorong tenaga pengajar perkembangan bahasaAkhbar:  Berita Harian25.08.2001
Kakak dorong RosieRahayu Mohd. SallehMetro Ahad23.04.2000
Minat menulis dorong Masnah terus berkaryaAtiqah YaacobSinar Harian05.06.2008
Tradisi membaca dorong buku laris dijualMir Azri ShaharudinKosmo13.07.2007
Ejaan baru dorong belajar jawi-Utusan Melayu21.05.2007
Sebuah Syakirah dorong pembaca berfikirSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)06.03.2002
123

Kembali ke atas