Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ro.ngan] | دوروڠن

Definisi : 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan fa­ham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ro.ngan] | دوروڠن

Definisi : 1 hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2 nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dorongan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. memberi dorongan / memberikan dorongan 2. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita/ Membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. 3. Apabila tiba di / ke lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 4. Kita harus sentiasa berjaga-jaga demi menjaga keselamatan kita/ keselamatan kita.

Berikut ialah jawapan yang betul:
1. Memberikan dorongan tetapi perlu ditambah kepada siapa. 2. Kedua-duanya betul. 3.  Apabila tiba di lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas (telah tiba, gunakan "di"). 4. Kita harus berjaga-jaga demi keselamatan kita.

Tatabahasa21.04.2010
keluarga menjadi tulang belakang kejayaan seorang anak. tanpa sokongan dan dorongan keluarga, tentu sukar untuk menikmati kejayaan tersebut. berikan pendapat anda tentang dorongan dan sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak dalam bidang pendidikan.
 Kecemerlangan dalam mendidik anak-anakMohd. Fadzilah KamsahDewan Budaya01/08/1994
Lain-lain22.03.2008
saya perlukan terjemahan bagi istilah-istilah berikut:- 1. inducement effect 2. production inducement coefficient 3. forward linkages 4. backward linkages

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut adalah seperti yang berikut :

i. kesan dorongan ii. pekali dorongan pengeluaran/penerbitan iii. rantaian/pautan ke hadapan iv. rantaian/pautan ke belakang

Istilah12.11.2009
betulkah terjemahan ini? factionalism of whatever persuasion: hidup berpuak atas apa sahaja doronganMohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan terjemahan.  Sila hubungi Institut Terjemahan dan Buku Negara 03-41451800 atau PPM- Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506Penyemakan dan penterjemahan23.09.2014
maksud perkataan INSENTIF dan GANJARANInsentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat.Makna26.09.2012
Salam, Apakah maksud 'secara inpulsif'?Inpulsif tidak ada dalam sumber rujukan kami, yang ada perkataan impulsif iaitu, bersifat tergesa-gesa mengikut dorongan hati.Makna13.05.2010
Mohon bantuan untuk memberi istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris "fiscal impulse".Padanan "fiscal impulse" dalam bahasa Melayu ialah "dorongan fiskal".Istilah08.06.2009
Apa maksud "titik tolak"?Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll).Makna08.07.2008
Penggunaan k dalam perkataan samada perlu 2 atau 1 k sebagai contoh galakkan atau galakan.Kedua-dua ejaan betul.  Kata nama galakan, bermaksud dorongan, desakan. Contoh ayat : Ia memberi galakan kepada belia supaya menjadi ahli sukan. Manakala galakkan termasuk dalam kategori kata kerja yang bermaksud memberi galakan, memberi desakan. Perkataan ini dalam ayat ajuk sahaja. Contoh ayat: “Galakkan anak anda menabung dari usia muda,” kata penceramah itu kepada peserta yang hadir. Tatabahasa16.07.2014
Soalan saya: Apakah definisi"seksualiti"? Apakah bezanya maksud perkataan seksualiti dengan perkataan seks dan perkataan seksual? Saya berharap mendapat jawapan yang secepat mungkin daripada saudara. Terima kasih.Seksualiti bermaksud sifat, tabii atau dorongan seks; keseksualan.Makna18.01.2008
123

Kembali ke atas