Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ro.ngan] | دوروڠن

Definisi : 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan fa­ham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ro.ngan] | دوروڠن

Definisi : 1 hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2 nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dorongan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drive-reduction theoryteori pengurangan-doronganPsikologiPsikologi UmumTeori yang mengandaikan bahawa semua tingkah laku bermotivasi adalah berpunca daripada dorongan dan respons yang memenuhi tuntutan dorongan tersebut untuk diperteguhkan. Pembelajaran akan berlaku apabila sesuatu rangsangan diikuti dengan pengurangan dorongan yang wujud apabila matlamat dorongan dicapai. Contohnya, kekurangan makanan boleh mengakibatkan rasa lapar yang akan menimbulkan suatu keadaan dorongan. Organisma atau individu tersebut akan berusaha untuk mengurangi dorongan itu dengan melakukan sesuatu, iaitu mencari makanan untuk memenuhi keperluannya. Teori pengurangan-dorongan ini diaplikasikan dalam kebanyakan teori pembelajaran anjuran Hull dan Thorndike. Dalam teori pelaziman klasik, prosedurnya banyak melibatkan teori ini.
drive stimulusrangsangan doronganPsikologiPsikologi UmumSebarang bentuk rangsangan yang akan membangkitkan dorongan. Menurut pakar pembelajaran, iaitu Hull terdapat impuls saraf aferen yang wujud dalam organ yang berkait dengan keadaan dorongan. Dalam sistem penyesuaian tingkah laku Hull, pengurangan dalam rangsangan dorongan telah dikaitkan dengan peneguhan
drive theoryteori doronganPsikologiPsikologi UmumTeori yang menyatakan bahawa sebarang kekurangan akan mendorong haiwan atau individu untuk bertindak. Dorongan akan mengaktifkan gerak balas sama ada satu atau lebih tindakan yang direka untuk mencapai satu-satu matlamat (sasaran daripada tingkah laku bermotivasi). Menurut Hull, kekurangan biologi seperti kekurangan makanan akan menghasilkan dorongan untuk mencari makanan. Setiap dorongan ini pula dikaitkan dengan rangsangan tertentu. Contohnya, pedih perut biasanya akan diikuti dengan rasa lapar, atau kekeringan pada mulut, bibir dan kerongkong akan diikuti dengan rasa dahaga.
drive state;keadaan doronganPsikologiPsikologi UmumKeadaan dalaman individu yang mendorong tingkah laku. Keadaan ini diandaikan mencapai satu tahap kritikal tertentu sebelum tingkah laku mencari matlamat. Keadaan dorongan boleh merupakan satu teknik pembelajaran yang digunakan dalam pembelajaran haiwan dengan membangkitkan satu dorongan yang berarah kepada matlamat melalui cara mewujudkan perubahan dalam proses organiknya. Contohnya, haiwan boleh dinafikan untuk membangkitkan rasa lapar bagi mendorong mencari makanan atau diberi kejutan elektrik bagi membangkitkan rasa keperluan untuk mengelak.
derived drivedorongan terbitanPsikologiPsikologi UmumLihat dorongan perolehan.
drivedorongan; desakan; kehendak; hantar;; pukul (SUK, P.JAS)PerubatanTiada1. Dorongan: Daya yang menggiatkan impuls manusia.
derived drivedorongan perolehanPsikologiPsikologi UmumKehendak yang didorong oleh rangsangan luaran. Contohnya, kanak-kanak yang memaksa ibunya pergi bercuti ke Langkawi setelah mengetahui kawannya pergi bercuti di tempat tersebut. Sinonim dorongan terbitan.
victim precipitation theoryteori dorongan mangsaKriminologiKeadilan JenayahTeori viktimologi yang diasaskan oleh Wolfgang yang menjelaskan punca seseorang menjadi mangsa akibat interaksi mangsa dengan pesalah seperti mangsa mewujudkan peluang, memberi dorongan secara langsung secara aktif atau pasif, atau provokasi daripada mangsa.
work motivationmotivasi kerjaPentadbiranPentadbiran Awam

Dorongan oleh majikan terhadap pekerja untuk melaksanakan tugas serta peranan masing-masing dengan cemerlang dan sempurna. Bentuk dorongan dapat dibahagikan kepada dua cara, iaitu motivasi kerja yang positif dan negatif. Motivasi positif banyak bergantung kepada suasana kerja yang kondusif, hubungan baik yang dijalinkan oleh majikan dengan kakitangan bawahan, sistem ganjaran dan pampasan yang adil, kefahaman kakitangan terhadap kerja yang tinggi dan jelas, kebajikan dan jaminan keselamatan di tempat kerja dan sebagainya. Manakala motivasi negatif lahir daripada ketidakadilan yang berlaku di tempat kerja, misalnya upah dan gaji yang dibayar adalah tidak seimbang dengan khidmat yang diberikan, kekurangan infrastruktur, ancaman di tempat kerja, risiko kemalangan dan sebagainya. Motivasi kerja merupakan konsep penting dalam pengurusan organisasi, sama ada sektor swasta atau awam kerana boleh mempengaruhi kadar produktiviti, kualiti dan imej organisasi.

ididPsikologiPsikologi UmumStruktur minda ciptaan Freud yang merujuk kepada kuasa yang mengawal tingkah laku berdasarkan kepada desakan untuk memuaskan dorongan asas manusia. Struktur ini dibina daripada dorongan atau desakan biologi seseorang. Id dikatakan bertindak mengikut prinsip pemuasan diri dengan memaksa individu mendapatkan nikmat hidup sepuas-puasnya tanpa menghiraukan etika atau peraturan hidup yang bertamadun.
12345678910...

Kembali ke atas