Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dor.sal] | دورسل

Definisi : berkaitan dgn atau terletak di bahagian belakang badan haiwan: sirip ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dor.sal] | دورسل

Definisi : ist berkaitan dgn atau terletak di bahagian belakang badan haiwan: sirip ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dorsal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEPAT BUNGA

Sepat bunga ialah nama bagi lebih kurang 25

spesies ikan yang kecil, memanjang yang terdapat

di perairan tropika dan panas. Kebanyakan sepat

bunga lebih kurang 15 sentimeter panjangnya,

mempunyai sirip dorsal yang panjang dan sirip

dubur yang panjang, yang bertemu di hujung

ekor yang runcing.

UMUM 
SMELT

Smelt ialah satu famili ikan berwarna keperakan

yang didapati di perairan dingin di Hemisfera

Utara. Terdapat 10 spesies. Kebanyakannya kurang

daripada 20 sentimeter panjangnya. Seperti trout

dan salmon, smelt mempunyai satu sirip kecil,

berisi di belakang sirip dorsal di bahagian

belakangnya.

UMUM 
TABES

Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan

ini pernah digunakan untuk menggambarkan

keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun,

kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah

untuk menggambarkan penyusutan badan yang

disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin.

Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai tabes dorsalis

yang bermakna penyusutan di bahagian dorsal

(belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami

keadaan ini menghadapi kesukaran untuk

mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin

kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki,

dan otot kakinya menjadi semakin lemah. Saraf

optik, iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas.

UMUM 

Kembali ke atas