Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dos] | دوس

Definisi : akronim bagi disk operating system (sistem pengendalian cakera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dos] | دوس

Definisi : IB 1. kotak drpd kertas tebal; 2. kertas tebal, kadbod, kardus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dos] | دوس

Definisi : kuantiti tertentu ubat terapeutik yg di­ambil pd sesuatu masa; ~ maut dos yg me­lebihi sukatan ubat dsb yg ditetapkan yg boleh menyebabkan kematian kpd manusia, bi­natang dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dos] | دوس

Definisi : ist singkatan bagi disc operating system (sistem pengendalian cakera). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[dos] | دوس

Definisi : sukatan ubat yg ditentukan atau yg disarankan (oleh doktor dsb) yg perlu diambil pd sesuatu masa. ~ maut dos yg melebihi sukatan yg ditentukan, yg boleh menyebabkan kematian manusia atau haiwan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dos


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DOS PASSOS, JOHN

Dos Passos, John (1896–1970), penulis novel

Amerika yang mengutamakan tema sosial dan

politik.

UMUM 
SEDATIF

Sedatif ialah ubat yang mengurangkan aktiviti

sistem saraf pusat. Sedatif dipreskripsikan

terutamanya untuk mengurangkan keresahan atau

untuk melahirkan rasa mengantuk. Kesan sedatif

bergantung pada dos. Apabila diambil sedikit,

dadah ini menenangkan seseorang. Dos yang

lebih sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk.

Apabila digunakan untuk menimbulkan rasa

mengantuk, dadah ini umumnya dikenali sebagai

hipnotik.

UMUM 
ARSENIK

Arsenik ialah sejenis unsur separa logam.

Arsenik mempunyai simbol kimia As. Bahan ini

merupakan racun yang membawa maut dan

pendedahan kepada dos rendah arsenik yang

berlarut-larutan menyebabkan kanser pada

manusia. Kebanyakan racun tikus, racun serangga

dan racun rumpai mengandungi arsenik. Arsenik

juga digunakan untuk membuat peluru plumbum

senapang dan beberapa jenis perkakas elektrik dan

untuk memperkuat beberapa aloi, iaitu campuran

sejenis logam dengan logam lain ataupun dengan

bukan logam.

UMUM 
STRIKNINA

Striknina ialah ubat yang pahit dan beracun,

diperoleh daripada biji tumbuhan seperti pokok

nux vomica yang terdapat di India dan Indonesia.

Striknina terdapat dalam bentuk kristal tanpa

warna. Pengambilan striknina dalam dos yang

banyak boleh menyebabkan kes keracunan yang

teruk, mengakibatkan seseorang itu menggeletar

dan boleh mengancam nyawa. Sesetengah orang

mendapat keracunan dengan tidak sengaja apabila

mereka mengambil dadah yang mengandungi

striknina. Tanda-tanda yang biasa ialah menyentak,

susah menelan, dan opistotonos (badan tiba-tiba

melentik ke belakang).

UMUM 
THE WHO

The Who , menjadi salah sebuah kumpulan

penyanyi yang paling popular dalam sejarah muzik

rock British. The Who, pada mulanya terdiri

daripada pemain gitar, Peter Townshend (1945– );

penyanyi utama, Roger Daltrey (1945– ); pemain

bes, John Entwistle (1946– ); dan pemain dram,

Keith Moon (1947–1978). Selepas Keith Moon

meninggal dunia disebabkan dos dadah yang

berlebihan, Kenney Jones menjadi pemain

dramnya. Pada tahun 1989, Jones digantikan oleh

Simon Phillips. Kebanyakan muzik The Who

digubah oleh Townshend.

UMUM 

Kembali ke atas