Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.sa] | دوسا

Definisi : 1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama: segala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; lebih baik mati dgn tidak berpahala drpd hidup bergelumang ~; 2. perbuatan atau kelakuan yg bertentangan dgn prinsip-prinsip moral: perbuatannya itu adalah satu ~ yg besar terhadap keluarga mereka; menebus ~ ber­ikhtiar supaya dosa dapat diampunkan; ~ kering dosa (kesalahan) yg sengaja dilaku­kan walaupun diketahui hukumannya dr segi agama; berdosa 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh; pendosa orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.sa] | دوسا

Definisi : 1 (segala) nilaian keburukan yg dilakukan yg bertentangan dgn perintah Allah dan Rasul-Nya: Segala ~ dan pahala akan dihisab kelak. 2 perbuatan yg melanggar hukum Tuhan atau agama: ~ kita akan bertambah, jika kita tidak bersembahyang, tidak berpuasa dan suka pula minum arak. 3 perbuatan menentang orang tua (negara dll). ~ kering dosa yg sengaja dilakukan (walaupun telah diketahui bahawa itu ialah dosa). menebus ~ berikhtiar supaya dosa dpt diampunkan (oleh Allah). berdosa 1 mendapat dosa: Dia ~ kerana telah mencuri barang-barang itu. 2 (telah) melakukan dosa: Orang yg ~ akan dihukum di akhirat nanti. 2 bersalah (kerana menentang orang tua, negara dll): Dia tahu bahawa dia sudah ~ terhadap ibunya dan oleh sebab itulah ia lekas-lekas meminta maaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dosa

Puisi
 

Banyak nyamuk Kuala Gaung,
     Nyamuk tidak takut api;
Banyak dosa saya tanggung,
     Sedikit tidak takut mati.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bagai memegang buah kepantangan beruk;
     ditelan mati emak,
diludahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, Apakah perbezaan antara : 1. Ya Allah, ampunkan dosa kedua-dua ibu bapaku. 2. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. 3. Ya Allah, ampunkan dosa guru-guru kami. 4. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa guru kami. 5. Ya Alllah, ampunkan dosa-dosa guru-guru kami.Kedua-dua digunakan dalam konteks 'both' - kedua-dua ibu bapa, kedua-dua pegawai dan sebagainya, manakala dosa-dosa pula menunjukkan jamak (banyak dosa), sama sperti perkataan guru-guru menunjukkan ramai guru.Tatabahasa23.03.2010
Adakah dia tidak takut pada dosa? / Adakah dia tidak takut kepada dosa?Ayat yang betul ialah Adakah dia tidak takut pada dosa.Tatabahasa06.03.2012
Pahala dan dosa termasuk dalam kategori kata nama atau kata adjektif?Pahala dan dosa, kedua-duanya merupakan kata nama.Tatabahasa13.08.2020
Pendosa ialah orang yang melakukan dosa tetapi bukan sebagai profesionnya. Pedosa ialah orang yang profesionnya adalah melakukan dosa. Apakah pandangan DBP?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pendosa bermaksud orang yang berdosa. Sehingga ini belum ada  pembentukan atau penggunaan perkataan pedosa bagi merujuk profesion. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Makna17.01.2009
Pak Kasim seorang nelayan. ... turun ke laut menangkap ikan. a) Beliau b)Aku c)Dia "Ya Allah, Ampunilah dosa dan berikanlah kekuaan kepada ____ untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran - Mu", doa Ali dengan sayu. a) Hamba b) Patik c) Aku

1. Pak Kasim seorang nelayan. Dia turun ke laut menangkap ikan. 

2. "Ya Allah, Ampunilah dosa dan berikanlah kekuaan kepada aku untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran.

Tatabahasa28.05.2009
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris scrupulousity / scrupulosity? Scrupulousity ialah sejenis penyakit psikiatri OCD melibatkan perasaan takut melampau yang tidak normal terhadap dosa dan keredaan Tuhan, diiringi dengan ritual yang "aneh pada orang ramai" untuk menghilangkan rasa takut tersebut. Adakah boleh diterjemahkan kepada "waswas"?, "waswasah"?, Ataupun skrupel? Ataupun terus kepada skrupulositi?"Scrupulosity" dipadankan sebagai skrupulositi dalam istilah perubatan bahasa Melayu.Istilah13.07.2020
apakah beza perkataan sesal dan kesalMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.05.2009
Manakah yang betul 'kembali ke pangkuan masyarakat' atau 'kembali ke pangkal jalan'?.Apakah perkataan lain bagi merujuk kepada istilah ini?Kedua-duanya betul, yang lazim digunakan ialah kembali ke pangkal jalan bagi mereka yang telah sedar dan insaf daripada dosa/kesalahan yang dilakukan sebelum ini.Tatabahasa11.11.2011
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Quran buruk ialah bahasa kiasan yang bermaksud sesuatu yang tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu. Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu pula ada peribahasa “seperti Kur’an (Quran) buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa”. Namun, rakan saya pernah mencadangkan agar kita menukar ungkapan “Quran buruk” menjadi “Quran lama” demi menjaga kesucian Islam. Apakah pandangan pihak tuan? Terima kasih.Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pendapat tuan akan saya kemukakan kepada pihak yang berkepentingan dalam pembinaan istilah.Tatabahasa16.04.2012
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat?Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat:  kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa.



Sastera06.04.2013
12

Kembali ke atas