Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[draf] | درف

Definisi : 1. tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih; mereka ditugaskan me­nyusun ~ kamus dwibahasa; 2. perintah bertulis utk bayaran wang oleh bank, ter­utamanya drpd satu bank kpd satu bank lain; ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank; mendraf membuat atau menyediakan draf (surat, karangan, dsb): dia sedang ~ surat utk dihantarkan kpd Jabatan Hasil Dalam Ne­geri; mendrafkan mendraf sesuatu utk: saya tidak keberatan ~ mereka perjanjian itu; pendrafan perihal (proses atau perbuatan) mendraf atau menyediakan draf: kerja ~ entri baru kamus pelajar sedang giat dijalankan; pendraf orang yg membuat atau menye­diakan tulisan (nota, surat, karangan, dll) yg dibuat secara kasar: beberapa latihan intensif telah dijalankan utk para ~ entri kamus baru itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[draf] | درف

Definisi : karangan (surat, lukisan dll) yg mula-mula dibuat utk disalin semula: Saya sedang menyemak ~nya. mendraf membuat draf (karangan, surat, lukisan dll): Dia sedang ~ surat utk dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. pendrafan perbuatan atau hal mendraf: ~ entri baru kamus tsb sedang giat dijalankan. pendraf orang yg membuat draf atau yg menyediakan draf: ~ entri kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[draf] | درف

Definisi : pemberian kuasa secara bertulis utk membayar sejumlah wang oleh pihak bank: ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata draf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'Preliminary Draft'? Adakah 'draf' atau 'draf awal' atau 'draf awalan' sesuai digunakan? Terima kasih.Preliminary Draft boleh diterjemah kepada Draf Awal sama seperti Preliminary Study yang diterjemahkan kepada Kajian Awal.Penyemakan dan penterjemahan07.03.2014
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini: Prosedur atau Prosidur?? beserta atau berserta?? Draf atau Deraf??Ejaan yang betul ialah prosedur, berserta dan draf.Ejaan06.12.2011
Salam... saya telah menyiapkan satu draf surat rasmi. sebelum dicetak saya ingin meminta pihak dbp utk menyemak surat tersebut dari segi tatabahasa dan format. bagaimana saya boleh hubungi pegawai tersebut.Untuk makluman tuan/puan, DBP ada menyediakan perkhidmatan semakan dokumen rasmi. Untuk perbincangan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Encik Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan melalui e-mel azahari@dbp.gov.myLain-lain19.04.2017
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologiEjaan yang betul:
1. sepertimana
2. kuambil
3. draf
4. skim 
5. pelaksanaan 
6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada  Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri)
7. periuk
8. enjin 
9. walaupun 
10. kaset
11. professor 
12. tragedi
13. televisyen
14. jawatankuasa
15. estetika
16. geran
17. logik
18. sambung
19. awet
20. batalion
21. psikologi
Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my.
Ejaan22.12.2015
Ctfand Kahar Jul 8th, 11:49am Tuan, terima kasih atas perkongsian infografik kesilapan dan ejaan yang betul. Bagaimana pula dengan: draf atau deraf, mana satu yg betul? Mohon penjelasan Tuan. Terima kasih dan Selamat Berpuasa.Terima kasih. Mohon jasa baik Tuan/Puan CtFand Kahar untuk menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari dalam apa-apa jua persoalan berkaitan bahasa Melayu (enjin carian makna (pada ruangan takrif), tesaurus, puisi, peribahasa, panduan ejaan (pada ruangan kata), jurnal. artikel, dan banyak lagi kemudahan yang disediakan DBP secara percuma. Merujuk kepada soalan Tuan/Puan boleh klik pada capaian yang berikut. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=drafIstilah08.07.2015
Selamat Pagi, Dimohon khidmat nasihat untuk tajuk draf penulisan saya yang bertajuk : "Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dari Menghadiri Kuliah Tepat Pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia" Sekian, terima kasih, Penulis.

Tajuk ini boleh dibaiki seperti dua cadangan yang berikut:
(1)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Menghadiri Kuliah Tepat pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
       Politeknik Seberang Perai, Malaysia.
(2)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia Menghadiri 
      KuliahTepat pada Masanya.

Tatabahasa02.06.2014
Saya seorang Pembantu Tadbir yang sentiasa diarah untuk draf surat, memo, minit dan laporan oleh Pengarah. Sehubungan itu, boleh dapatkan senarai penuh singkatan nama dan juga gelaran yang digunakan kini bagi tujuan rasmi Jabatan saya seperti Buku Atur Cara Majlis dan surat rasmi. Terima kasih.Sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP.Lain-lain28.08.2014
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih

Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut.

Laluan ke Presint3, Putrajaya
Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260

Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah

Tatabahasa08.05.2012
Assalamulaikum, untuk pengetahuan pihak tuan, saya sedang dalam proses menghantar draf manuskrip akhir kepada editor DBP. Tajuk buku adalah Home Schooling: Aplikasi dan reality. Saya dicadangkan oleh editor untuk menukar perkataan Home Schooling ke dalam bahasa Melayu. Tolong cadangkan terjemahan yang betul mengikut pandangan pihak DBP.Istilah Home Schooling masih tidak ada dalam pangkalan data kata. Cadangan daripada pihak kami istilah yang sesuai bagi Home Schooling ialah bersekolah di rumahIstilah17.02.2016
Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan untuk menyemak dan mengesahkan penggunaan perkataan pada draf papan iklan (seperti lampiran) sebagaimana yang diminta oleh Majlis Perbandaran Kuantan. Terima kasih.

Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

2. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

3.
Untuk iklan yang dilampirkan ini, puan perlu menambah keterangan aktiviti di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contoh: KILANG TEPUNG.   Susunan ejaan Jawi juga perlu dibetulkan seperti berikut:

کي.ايف.عيم لوتوس

Lain-lain07.01.2020
1234

Kembali ke atas