Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dra.ma] | دراما

Definisi : 1. karya yg dipersembahkan oleh pe­lakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca te­levisyen; ~ wira drama yg mengisahkan ke­perwiraan atau keberanian seseorang pah­lawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mem­per­sembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dra.ma] | دراما

Definisi : cerita yg dilakonkan utk pertunjukan pentas, disiarkan di radio, televisyen dll; sandiwara: ~ Tamu di Bukit Kenny sudah dipentaskan di Balai Budaya. ~ satira 1 drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran. 2 peristiwa (kejadian) menarik yg benar-benar berlaku: Perompak itu mati dlm satu ~ tembak-menembak dgn anggota polis. berdrama 1 berlakon drama (utk pementasan, disiarkan di radio, TV dll); bersandiwara: Jangan asyik ~ saja, pelajaran penting juga! 2 membuat sesuatu yg tidak sungguh; berpura-pura; bersandiwara: Janganlah kita ~ saja dlm hidup ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drama


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contohnyaDrama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima.Makna18.01.2011
huraikan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contoh-contohnya...Drama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.Makna18.01.2011
Siva Ramana 20 Disember 2015 SUN 10:28PM Siva Nama saya Siva Ramana. Walaupun saya bukan berbangsa melayu saya fasih berbahasa dan suka menonton drama melayu tak kira mana mana siaran. Sejak kebelakangan ini, banyak drama drama Sudah mula mencampuradukan penggunaan bahasa inggeris(BI) terlampau. Saya berusia 35 tahun saya menonton drama sejak kecil Lagi Dari cerita Opah zaman 80an hingga kini. Maka, saya tahu layar cerita dan cara penggunaan BM dulu dan kini. Saya memang tidak nafikan, untuk tujuan Pasaran dan gaya masa kini penggunaan BI dan BM Dalam tutur kata harian. Tetapi bila lihat drama kini penggunaan BI terlalu banyak Dalam satu seisi perbualan. Kalau Ada masa, Cuba tonton TV dan nilai sendiri. Tak salah kalau saya kata, tujuan saya menonton drama melayu untuk menghayati drama melayu, bukan untuk dengar BI.. Saya tidak Tahu sejauhmana balasan saya ini di ambilkira. Walaupun tak diambilkira saya masih tak Rugi yang sayangnya mingkin satu hari nanti kita lihat drama BM Dalam versi BI sepenuhnya kononnya itu lah trend pada masa itu." Sediakan payung sebelum hujan" " setitik nila rosak susu sebelangga". Buat lah sesuatu sebelum terlambat Terima kasih Daripada Insan bukan melayu yang Berjiwa melayu.Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, unit pemantauan di DBP juga telah membuat pemantauan tentang penggunaan bahasa dalam media elektronik dan dapatan dari pemantauan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Media Elektronik. Walau bagaimanapun kami juga sedar kecelaruan penggunaan bahasa dalam media elektronik ini masih belum diatasi dan kami amat mengharapkan sokongan semua pihak terutamanya pengamal media dan orang awam untuk kita bersama-sama memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam media elektronik dan bidang-bidang lain juga. Kami amat memuji sikap dan jati diri tuan dalam hal ini, semoga bahasa kebangsaan kita terus dimartabatkan di negara kita.Lain-lain20.12.2015
1. apakah maksud mystery play dalam bahasa melayu? lakun misteri atau drama misteri? apakah maksud passion play? drama penyaliban atau drama takziah atau drama tabui atau lakon derita? harap dapat penjelasan.Mystery play juga dikenali sebagai miracle play yang bermaksud drama keagamaan.Istilah29.10.2009
SAYA INGIN MENGETAHUI MENGENAI KONSEP DRAMA PENTAS DAN KAEDAH MENULIS SKRIP DRAMA PENTAS YANG MENGAMBIL MASA 30 MINIT PEMENTASAN. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MASALAH INI.Konsep drama pentas adalah bergantung kepada pemilihan pengarang sama ada menghasilkannya dalam aliran realisme, absurd, surealis atau lain-lainnya. Jadi konsep tersebut berdasarkan pemilihan aliran ini kerana setiap aliran mempunyai ciri-ciri tertentu dalam bentuk penulisan dan pementasannya. Saudara boleh merujuk buku-buku drama seperti Drama-drama Pilihan Usman Awang untuk aliran realisme, Angin Kering (karya Johan Jaaffar) untuk aliran absurd, Yang Menjelma dan Menghilang (karya Anwar Ridhwan) untuk aliran surealis dan sebagainya. Untuk kaedah penulisan drama pentas, kami telah menyediakannya dalam laman DBP dan saudara bolehlah merujuk makalah dalam laman tersebut.Lain-lain02.05.2007
Salam. Saya sedang mencari terjemahan yang tepat untuk genre 'gritty crime drama'. Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi 'gritty crime drama' masih belum ada dalam pangkalan data kami, walaubagaimanapun cadangan pihak kami bagi maksud 'gritty crime drama' ialah drama jenayah kejamIstilah07.04.2017
Salam, 1. Ayat 'Dalam drama kejar-mengejar...' dikatakan betul. Kenapa ayat tersebut dikatakan betul sedangkan kata drama bukan manusia yang mengejar seseorang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Drama  juga membawa maksud kiasan situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora, seperti contoh yang diberi dalam pangkalan data kami drama tembak-menembak. Oleh itu, drama kejar-mengejar juga betul.Tatabahasa04.09.2012
Apa perbezaan antara penyelesaian dan peleraian dalam penulisan skrip drama?Saudara perlu menghubungi pusat atau latihan seperti di ASWARA atau IPTA/IPTS yang mengendalikan kursus drama dsb. untuk mendapatkan perbezaan antara penyelesaian dan peleraian dalam penulisan skrip drama kerana ia merupakan antara teknik atau kemahiran dalam penulisan drama yang mempunyai makna khusus.Lain-lain25.11.2008
saya ingin menayakan tentang bagaimana mahu memulakan sesuatu drama?? dan apakah perlu saya buat apabila drama sekolah tersebut gagal??Untuk memulakan pengarahan sesuatu drama atau pementasan, amat perlu terlebih dahulu mengenalpasti skrip yang sesuai dan bermutu. Berdasarkan kepada skrip tersebut (setelah dianalisis), baharulah boleh mencari pelakon. Walaupun demikian, teks (skrip) dengan pengarahan adalah dua perkara yang berbeza. Andai skrip memerlukan 10 orang pelakon, seseorang pengarah yang bijak dan kreatif  boleh menjadikan hanya empat (4) orang pelakon sahaja. Dalam hal ini, kegagalan sesuatu pementasan sering dikaitkan dengan kegagalan pengarah memindahkan inti cerita teks kepada bentuk gerak dan lakonan yang bermutu. Sekian.Lain-lain16.02.2009
Apakah padanan yang paling tepat untuk istilah "Period Drama" yang merujuk kepada: "a television or film production set in a particular historical period and characterized by the use of costumes, sets, and props that are typical or evocative of the era." Terdapat istilah "period play" yang dipadankan dengan istilah "lakon zaman" di laman web prpm. Adakah bersesuaian jika "period drama" diterjemahkan kepada "drama zaman"? Terima kasih.Padanan yang paling sesuai untuk istilah period drama ialah drama zaman.Istilah07.07.2022
12345678910...

Kembali ke atas