Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dra.ma] | دراما

Definisi : 1. karya yg dipersembahkan oleh pe­lakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca te­levisyen; ~ wira drama yg mengisahkan ke­perwiraan atau keberanian seseorang pah­lawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mem­per­sembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dra.ma] | دراما

Definisi : cerita yg dilakonkan utk pertunjukan pentas, disiarkan di radio, televisyen dll; sandiwara: ~ Tamu di Bukit Kenny sudah dipentaskan di Balai Budaya. ~ satira 1 drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran. 2 peristiwa (kejadian) menarik yg benar-benar berlaku: Perompak itu mati dlm satu ~ tembak-menembak dgn anggota polis. berdrama 1 berlakon drama (utk pementasan, disiarkan di radio, TV dll); bersandiwara: Jangan asyik ~ saja, pelajaran penting juga! 2 membuat sesuatu yg tidak sungguh; berpura-pura; bersandiwara: Janganlah kita ~ saja dlm hidup ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drama


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dramadramaKesenianDrama dan TeaterBentuk persembahan yang diolah mengikut bahagian-bahagian dan dilakonkan di pentas, radio, atau televisyen. Sifat drama boleh berbentuk sebenar, mengajuk, meniru daripada kebenaran lalu, atau boleh bersifat rekaan semata-mata. Terdapat pelbagai jenis drama yang mempunyai genre masing-masing seperti drama tragedi, drama komedi, drama bacaan dan sebagainya. Contoh drama Melayu ialah Gongdan Orang-orang Pulauoleh Hassan Saprin dan Si Bongkok Tanjung Puterioleh Shahrom Hussien.
modern dramadrama modenKesenianDrama dan TeaterGenre drama realistik yang dipentaskan berdasarkan skrip yang ditulis khas. Dalam konteks drama Melayu, drama realisme dekad 1960-an dianggap sebagai pelopor drama moden. Contohnya, Atap Genting Atap Rumbia, Buat Menyapu Si Air Mataatau Tamu di Bukit Kenny.
symbolic dramadrama simbolikKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengungkapkan makna melalui penampilan perasaan, tanggapan dan saranan. Drama simbolik tidak sama dengan drama realistik walaupun drama realistik kadangkala menggunakan elemen simbolik. Contohnya, drama Kerusikarya Hatta Azad Khan.
play-within-playdrama dalam dramaKesenianDrama dan TeaterGenre drama berbentuk lakonan dalam lakonan. Contohnya, drama Hamletkarya Shakespeare. Drama Hamletmemperlihatkan cara Hamlet menyusun persembahan tentang pembunuhan raja. Tujuannya untuk menyindir bapa tirinya yang membunuh bapa kandungnya.
dramadramaKesusasteraanTiadaKarya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau televisyen. Aristotle mentakrifkan drama sebagai aksi manusia yang ditiru. Drama boleh dicipta dalam bentuk lisan atau tulisan. Teks yang dicipta secara lisan lebih mementingkan unsur persembahan daripada unsur sastera yang bertulis. Contohnya, drama tradisional tempatan seperti makyung dan wayang kulit. Terdapat pelbagai jenis drama, antaranya drama tragedi, drama komedi dalam bacaan, dan melodrama yang mempunyai subgenre masing-masing. Drama mempunyai dua dimensi, iaitu sebagai karya kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk dialog dengan tujuan untuk dipentaskan sebagai seni pertunjukan, dan sebagai teks sastera untuk dihayati dan dikaji. Struktur drama Barat boleh dilihat dalam The Poetics karya Aristotle, manakala struktur drama Timur boleh ditemui dalam drama Sanskrit Natyasastera. Contoh drama Melayu ialah Gong dan Orang-orang Pulau oleh Hassan Saprin, dan Si Bongkok Tanjung Puteri oleh Shahrom Hussien. Drama berasal daripada perkataan Yunani dran yang bermaksud �melakukan, melakonkan, atau mencapai.
poetic dramadrama puitisKesusasteraanTiadaDrama yang ditulis dalam bentuk puisi semata-mata untuk dipentaskan. Drama ini ditemui dalam kebanyakan drama Shakespeare dan drama T.S.Eliot berjudul Murder in the Cathedral. Contoh dalam sastera Melayu ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Contoh dalam sastera Arab ialah Masra �Kilyubatrah oleh Ahmad Shawqi, dan dalam sastera parsi ialah Sarnivishi Parviz oleh �Ali Muhammad Khan Uvaysi.
actbabakKesenianDrama dan TeaterBahagian utama dalam struktur karya drama. Drama panjang yang biasanya mengandungi beberapa babak dan dalam salah satu babak tersebut mengandungi pecahan kecil dikenali sebagai adegan. Lihat jugaadegan.
folk dramadrama rakyatKesusasteraanTiadaDrama yang mengisahkan aktiviti rakyat yang dramatik bentuknya. Lakonan dalam drama ini berhubung dengan motif rakyat. Drama rakyat berpunca daripada ritual primitif yang mengandungi gerak, nyanyian, dan muzik (ketukan mengikut rentak) sebagai memuja semangat tumbuhan untuk menggalakkan kesuburan tanaman. Daripada ritual inilah, munculnya drama rakyat. Pada mulanya, drama rakyat berasaskan kepercayaan keagamaan yang kemudiannya menjadi sekular.
folk dramadrama rakyatKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengisahkan aktiviti rakyat yang dramatik bentuknya. Lakonan dalam drama ini berhubung dengan motif rakyat.Drama jenis ini biasanya dipersembahkan ketika sesuatu pesta, perayaan atau upacara keagamaan.
realistic dramadrama realistikKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan persoalan atau pemikiran yang mencakupi kehidupan harian. Drama realistik digunakan sebagai cara untuk menyampaikan dan memperjuangkan isu-isu sosial. Sinonimdrama masyarakat, drama sosial.
12345678910...

Kembali ke atas