Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dra.ma.tis] | دراماتيس

Definisi : 1. penulis drama; 2. pelakon drama, dramawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dra.ma.tis] | دراماتيس

Definisi : pelakon drama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dramatis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THESPIS

Thespis ialah pelakon dan dramatis Yunani pada

tahun 500-an S.M., yang telah menghasilkan bentuk

yang kini dikenali sebagai drama. Kini, kadangkala

pelakon dikenali sebagai Thespian , sempena

namanya.

UMUM 
ACHDIAT KARTA MIHARDJApenulis novel, cerpen dan dramatis Indonesia.SASTERATokoh
KALIDASA

Kalidasa ialah penyair dan dramatis agung India.

Dia menulis dalam bahasa Sanskrit India purba.

Kalidasa kadang-kadang dikenali sebagai

Shakespeare India .

UMUM 
RICE, ELAMER

Rice, Elamer (1892–1967) ialah dramatis Amerika

yang memperjuangkan kebebasan moral, sosial,

dan peribadi.

UMUM 
ODETS, CLIFFORD

Odets, Clifford (1906 – 1963) ialah dramatis Amerika

yang terkenal kerana dramanya tentang konflik sosial

yang ditulisnya pada tahun 1930-an. Hasil kerjanya

yang paling berjaya telah dipersembahkan oleh

kumpulan terkenal iaitu Group Theatre .

UMUM 
MUSSET, ALFRED DE

Musset, Alfred de (1810–1857) ialah dramatis dan

pemuisi Perancis. Kebanyakan dramanya ditulis

untuk dibaca dan bukan untuk dipersembahkan di

pentas. Musset paling dikenal kerana siri komedinya

yang bersopan santun. Karya-karyanya secara

kolektif dikenal sebagai Comédies et Proverbes.

Melalui gaya puitis dan lucu dia menggambarkan

fahamannya yang mendalam tentang tingkah laku

manusia. Dramanya memperkatakan penderitaan

cinta dan konflik yang abadi antara kesucian dengan

sindiran tajam. Karya Musset, Lorenzaccio (1834),

merupakan drama sejarah yang latarnya di Florence,

Itali. Ia dipentaskan buat pertama kali pada tahun

1896.

UMUM 
SHAW, GEORGE BERNARD

Shaw, George Bernard (1856–1950), dramatis,

pengkritik, dan penulis esei kelahiran Ireland yang

merupakan salah seorang tokoh sastera yang

penting pada tahun 1900-an. Dia menerima Hadiah

Nobel untuk bidang kesusasteraan pada tahun 1925.

UMUM 
MAETERLINCK, MAURICE

Maeterlinck, Maurice (1862–1949) ialah

dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli

falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel

tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera

Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam

cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan

mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman

karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908)

merupakan cerita dongeng yang mengisahkan

seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata

tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di

rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang

lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder

(kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah

sedih yang menekankan keperluan mencari kasih

sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari.

Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama

simbolik tentang kekasih unggul yang musnah

kerana mencari kesempurnaan.

UMUM 
READE, CHARLES

Reade, Charles (1814–1884) ialah novelis dan

dramatis Inggeris.

UMUM 
RATTIGAN, SIR TERENCE

Rattigan, Sir Terence (1911–1977) ialah

dramatis Inggeris yang popular. Dia menjadi

terkenal pada tahun 1936 kerana komedinya French

Without Tears

UMUM 
123

Kembali ke atas