Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dré.bar] | دريبر

Definisi : (drébar) pemandu kenderaan: Pak Mat bekerja sbg ~ kereta tuan besar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dré.bar] | دريبر

Definisi : /drébar/ pemandu atau pembawa (kereta dll): Dia bekerja sbg ~ van di gudang sabun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drebar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah peranan DBP dalam memastikan penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeeris di dalam Bahasa Melayu dan apakah kesan atau impak kepada Bahasa Melayu itu sendiri, adakah Bahsa Melayu akan lebih diterima serta difahami atau sebaliknya?DBP mempunyai dasar dalam penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeris, iaitu bagi perkataan atau istilah yang memang tiada dalam bahasa Melayu. Misalnya, komputer, teknologi dsb. Namun, terdapat juga perkataan yang ada dalam bahasa Melayu, tetapi dalam bidang tertentu, kata pinjaman lebih tepat, misalnya telekomunikasi, program dsb. Bagaimanapun, DBP tidak menggalakkan penggunaan kata pinjaman yang tidak mengikut pola pembentukan kata pinjaman, seperti 'suspek'(yang disyaki), 'bajet'(belanjawan) dan 'drebar'(pemandu). Peminjaman kata yang betul mengikut sistem morfologi bahasa Melayu akan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu, sebaliknya peminjaman yang tidak keruan akan mencemarkan bahasa Melayu. Semua pengguna bahasa Melayu adalah bertanggungjawab dalam memelihara kemurniaan bahasa Melayu, dan tugas ini bukan tanggungjawab DBP sahaja.Lain-lain06.03.2007

Kembali ke atas