Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. (derog) add drug to, memasukkan dadah ke dlm: his captors had ~ged his drink, penculik-penculik telah memasukkan dadah ke dlm minumannya; 2. administer drug to, memberi [sso] drug: they ~ged him to enable him to sleep, mereka memberi dia drug utk membolehkan dia tidur. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n (med) drug, dadah; (derog) dadah; (pop.) ubat: food and ~ control, pengawasan makanan dan drug; ~ addiction, penagihan dadah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drug


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pharmacodynamicfarmakodinamikFarmasiFarmakologiKajian terhadap kesan-kesan biokimia dan fisiologi drug serta mekanisme tindakan drug-drug tersebut, termasuklah hubung kait antara tindakan-tindakan dan kesan-kesan tersebut dengan struktur kimianya. Farmakodinamik juga merujuk kepada salah satu cabang dalam fannakologi yang mengkaji bagaimana suatu drug bertindak ke atas organisma hidup, termasuk tindak balas farmakologi, jangka masa dan magnitud tindak balas yang dilihat relatifkepada kepekatan drug pada tapak aktif dalam sesuatu organisma.
antiplatelet drugdrug antiplateletFarmasiFarmakologiDrug yang menghalang platelet daripada berlrumpul untuk membentuk plak atau trombus. Drug ini digunakan untuk mencegah pembekuan darah dan mengubah proses semula jadi penyakit aterosklerosis.Drug antiplatelet sangat efektif bertindak dalam peredaran arteri apabila penggunaan drug antikoagulasi kurang berkesan. Drug ini digunakan secara meluas sebagai penghalang primer atau sekunder terhadap penyakit serebrovaskular trombotik atau kardiovaskular. Drug antiplatelet dikelaskan kepada perencat siklooksigenase tidak berbalik (aspirin), perencat reseptor adenosina difosfat (klopidogrel), perencat fosfodiesterase (silostazol),perencat glikoprotin IIB/IIA (tirofiban), perencat pengambilan semula adenosina (dipiridamol) dan perencat trombaksan (terutroban). Kesan sampingan biasa akibat penggunaan drug jenis ini ialah luka pada gastrousus.
sublingualsublinguaFarmasiFarmakologiLokasi di bawah lidah yang digunakan sebagai laluan pemberian drug. Drug yang diberi melalui laluan ini akan diserap melalui mukosa untuk mencapai kesan sistemik tanpa melalui kesan laluan pertama.Contoh drug yang diberi melalui lokasi ini ialah gliseril trinitrat (GNT).
sublingualbawah lidahFarmasiFarmaseutikLokasi di bawah lidah yang digunakan sebagai laluan pemberian drug. Drug yang diberi melalui lokasi ini akan diserap melalui mukosa untuk mencapai kesan sistemik tanpa melalui kesan laluan pertama. Contoh drug yang diberi melalui lokasi ini ialah gliseril trinitrat (GTN). Lihat sublingua.
antimuscarinic drugdrug antimuskarinikFarmasiFarmakologiDrug yang menyekat aktiviti reseptor asetilkolina muskarinik pada sistem saraf periferi dan sistem saraf pusat. Kebanyakan drug antimuskarinik adalah sintetik (seperti hiosin, ipratropium, tropikamida dan siklopentolat), manakala atropina ialah alkaloid beladona yang diekstrak secara semula jadi. Kesan sampingan akibat pengambilan drug jenis ini secara berlebihan termasuklah kemurungan CNS yang dicirikan sebagai amnesia, keletihan dan kurang tidur. Drug antimuskarinik digJmakan sebagai drug antiparkinson untuk merawat ketidakseimbangan antara aras asetilkolina yang lebih tinggi dandopamina yang lebih rendah pada otak. Selain itu, drug ini juga berkesan untuk merawat asma kerana asetilkolina juga boleh menyebabkan penguncupan otot liein, terutamanya pada bronkus.
sulphur drugdrug sulfaVeterinarTiadaKumpulan drug yang mengandungi sulfur dikenali sebagai sulfonamida. Drug ini digunakan untuk mengawal jangkitan bakteria sistemik. Antara contoh drug dalam kumpulan ini ialah sulfatiazol, sulfadimidina, sulfamerazina, sulfadiazina, sulfapiridina dan sulfabromometazina. Mekanisme tindakannya ialah dengan menghalang sintesis protein dan proses metabolisme bagi merencat pembiakan bakteria. Drug ini lebih berkesan jika diberi pada peringkat awal jangkitan sesuatu penyakit.
herbal drugdrug herbaHerbaTiadaBahan drug yang terdiri daripada tumbuhan, bahagian tumbuhan (daun, akar, kulit kayu dan lain-lain), alga, fungi dan liken sama ada dalam bentuk utuh, berfragmen atau terpotong, tidak diproses dan dalam bentuk kering atau segar. Eksudat herba yang diproses juga dianggap drug herba. Drug herba ditakrifkan secara khusus menggunakan nama saintifik botani mengikut sistem binomial (genus, spesies, varieti dan pengarang).
drug dependencekebergantungan drugFarmasiFarmakologiPengambilan drug yang berterusan untuk mengekalkan keadaan selesa, sama ada dari segi fizikal atau psikologi. Pengambilan drug ini tidak termasuk penggunaan drug untuk rawatan penyakit. Sekiranya pemberhentian terhadap drug berkenaan dilakukan secara mengejut, keadaan yang dinamakan sindrom sarak akan berlaku. Jenis drug yang biasanya menyebabkan keadaan ini ialah opiat dan benzodiazepina.
antidiarrheal agentagen antidiareaFarmasiFarmakologiAgen yang digunakan untuk merawat cirit-birit. Agen ini dikelaskan kepada drug-drug parasimpatolitik seperti atropina yang bertindak sebagai agen spasmolitik atau antispasmodik, penjerap seperti arang teraktif dan kaolin, astringen (contohnya, gambir), asid tanik serta opiat. Walau bagaimanapun, pengelasan ini tidak termasuk agen-agen yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, yang menyebabkan diarea atau cirit-birit. Contohnya, antibiotik. Lihat juga parasimpatolitik, antispasmodik.
genericsgenerikFarmasiFarmaseutikDrug atau formulasi drug yang tidak lagi mempunyai perlindungan paten. Drug generik boleh memasuki pasaran apabila paten asas yang melindungi drug asal telah luput. Drug ini diwajibkan memenuhi syarat biokesetaraan dengan drug yang asal.
12345678910...

Kembali ke atas