Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.da] | دودا

Definisi : lelaki yg kematian isterinya atau sudah bercerai drpd isterinya; menduda menjadi duda, membujang (akibat perceraian atau kematian isteri): dua per­kahwinannya berakhir dgn perceraian dan kini dia ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.da] | دودا

Definisi : lelaki yg kematian isteri atau yg telah bercerai dgn isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Isteri kehilangan suami dipanggil balu, suami kehilangan isteri dipanggil duda, anak kehilangan seorang daripada ibu bapanya dipanggil yatim, jika kedua - duanya, dipanggil pula yatim piatu. Adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk menggelar ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian?Dalam pangkalan data kami, tiada gelaran khusus untuk ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian.Makna05.07.2018
Jika istilah "balu" atau "janda" ialah untuk perempuan yang telah kematian suami, apakah pula istilah untuk lelaki yang telah kematian isteri?Duda bermaksud lelaki yang kematian isteri atau yang telah bercerai dengan isterinya.Makna15.05.2019
Jika istilah balu digunakan untuk seorang wanita yang kehilangan suami kerana kematian dan istilah yatim piatu digunakan untuk kanak - kanak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya, adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk memerihal suami yang kehilangan isteri disebabkan kematian?Lelaki yang kematian atau yang telah bercerai dengan isterinya disebut duda.Makna05.07.2018

Kembali ke atas