Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk I

Puisi
 

Duduk-duduk menggali lubang,
     Dalam lubang pasang pelita;
Duduk-duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Berdiri sama tinggi,
     duduk sama rendah.

Bermaksud :

Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi).

 

Lihat selanjutnya...(44)


Pantun

PantunSumberTema
Duduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Duduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yanglah duduk biarkan duduk, Supaya cepat ke tempat tidur; Orang tua bongkok biarlah bongkok, Supaya ingat ke pintu kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Catuk bukan sebarang catuk, Catuk ayam menang berlaga; Duduk bukan sebarang duduk, Duduk diam mengenang janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Petang-petang ribut berdengung, Anak sepat dalam selut; Petang-petang duduk melengung, Duduk lipat tembakau balut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Duduk-duduk dalam perahu, Menjala todak menjaring udang; Elok-elok adik menunggu, Bila tidak disunting orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Duduk-duduk orang berkumpul, Melihat ombak di tepi pantai; Elok-elok abang menyimpul, Bila tidak janji terungkai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Duduk-duduk atas jambatan, Budak-budak membelah rotan; Baik dibuang segala muatan, Datang barat campur selatan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Duduk-duduk di tepi pantai, Ambil joran pancing selampai; Kumbang bersengat kalau sampai, Memang layu bunga di tangkai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Saja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345678910...

Kembali ke atas