Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk I

Puisi
 

Duduk-duduk menggali lubang,
     Dalam lubang pasang pelita;
Duduk-duduk kenangkan orang,
     Orang tidak kenangkan kita.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Berdiri sama tinggi,
     duduk sama rendah.

Bermaksud :

Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi).

 

Lihat selanjutnya...(44)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersimpuh= duduk ~ duduk bertelut, bertimpuh (spt perempuan duduk): dia duduk ~ di antara ibunya dgn Mak Sinah;Kamus Dewan Edisi Keempat
simpuh Itimpuh; sembah ~ dgn hormat dan takzim; bersimpuh = duduk ~ duduk bertelut, bertimpuh (spt perempuan duduk): dia duduk ~ di antara ibunya dgn Mak Sinah; menyimpuh; menyembah ~ duduk berlutut serta berdatang sembah; tersimpuh (dlm keadaan) bersimpuh atau bertelut: dia dgn hormat ~ meletakkan hidangan itu sambil tersenyum manis; jatuh ~ jatuh berlutut (bertelut).Kamus Dewan Edisi Keempat
duduk-duduk(duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
duduk bersimpuhduduk bertelut, bertimpuh (spt perempuan duduk): dia duduk ~ di antara ibunya dgn Mak Sinah;Kamus Dewan Edisi Keempat
sila IIduduk dgn kaki berlipat dan bersilang: orang tua itu membetulkan ~nya sambil mengapur sirih; mengalih ~ beralih tempat duduk; mengorak ~ bangkit dr duduk; bersila duduk dgn melipatkan dan menyi­langkan kaki: seumur hidupnya tidak pernah dia makan ~; ~ angkat duduk dgn melapiskan kaki ke atas paha yg lain; ~ panggung duduk dgn bertindih kaki (tidak menyilangkan kaki); menyilakan; ~ kaki menyilangkan kaki (spt bersila).Kamus Dewan Edisi Keempat
menongkrongduduk atau berjongkok, duduk-duduk sahaja dan tidak bekerja.Kamus Dewan Edisi Keempat
tongkrongJk; menongkrong duduk atau berjongkok, duduk-duduk sahaja dan tidak bekerja.Kamus Dewan Edisi Keempat
duduk iftirasyAr duduk (dlm solat) dgn telapak kaki kiri dijadikan alas utk duduk sementara telapak kaki kanan ditegakkan dgn jari-jari kaki kanan menghadap kiblat (ketika duduk antara dua sujud dan duduk membaca tahiyat awal).Kamus Dewan Edisi Keempat
mengangkang1. berdiri (berjalan, duduk, berbaring) dgn kaki terbuka luas; 2. dgn kaki terbuka luas (ketika berdiri, duduk, dll): duduk ~ di kerusi;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertimpuh, = duduk ~ duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; duduk bersimpuh: Dia ~ di atas tikar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas