Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.du/.du.du/] | دودوق٢

Definisi : berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.du/.du.du/] | دودوق٢

Definisi : (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk-duduk

Puisi
 

Duduk-duduk atas jambatan,
     Budak-budak membelah rotan;
Baik dibuang segala muatan,
     Datang barat campur selatan.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Duduk sehamparan,
     tegak sepematang.

Bermaksud :

Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sambil duduk-duduk di ruang tamu, ibu dan bapa berbual-bual______kerenah anak mereka. A tentang B mengenai C oleh D dengan mUNSYI, JAWABAN IALAH B, MENGAPAKAH A TIDAK SESUAI?Jawapan B (mengenai) adalah betul kerana kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Contohnya: Mereka berbincang tentang masalah negara. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278.Tatabahasa15.04.2012
Perkataan "berlepak-lepak" ada maksud tak?Perkataan "berlepak-lepak" ialah bahasa basahan/percakapan yang  merujuk perbuatan menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. 


 
Makna22.03.2022
definisi dan perbezaan kata nama ganda,kata adjektif ganda,kata kerja ganda

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya. Kata nama ganda seperti burung-burung, guru-guru.

Kata adjektif atau kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda.Kata sifat ganda seperti cantik-cantik,besar-besar.

Kata kerja ialah kata yang menyatakan perbuatan atau perlakuan. Kata kerja ganda seperti duduk-duduk,hidup-hidup.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.   

Tatabahasa13.02.2008
'duduk inding enggang tap' Mengenai baris pantun di atas, saya faham enggang ialah sejenis burung. Tapi apakah maksud perkataan 'inding' dan 'tap'? Apakah maksud baris tersebut keseluruhannya? Tolong jelaskan. Terima kasih.

Inding membawa dua maksud iaitu 1. mengawas dan memandang dgn harapan utk mendapat sesuatu, memasang telinga kerana hendak mendengar sesuatu (rahsia dll) 2. mengecek, meminta-minta (bkn kanak-kanak). Tap ialah sadap, toreh, ketukan, ulir dalam dan tamparan. Manakala untuk mendapatkan makna kesuluruhan rangkap sila rujuk buku yang berkaitan.

  •  

Makna02.12.2008
Salam Sejahtera duduk di atas kerusi atau duduk di kerusi yang betul? Sekian

Frasa yang betul ialah duduk di atas kerusi

Lain-lain05.03.2012
Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. atau Ali duduk di antara Amin dan Aminah. yang mana satu betul?Yang betul ialah - Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. Tatabahasa10.10.2008
Frasa mana yang betul; 1. Duduk di antara dua sujud, atau 2. Duduk antara dua sujudFrasa yang betul ialah "duduk antara dua sujud".Tatabahasa09.01.2023
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan.Tatabahasa07.05.2010
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang susunan kata kerja dalam ayat majmuk berikut: 1. Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok 2. Ayah membaca surat khabar sambil duduk di bawah pokok. Kekeliruannya ialah dengan perkataan 'duduk'. adakah susunannya dalam ayat majmuk no.2 betul? Terima kasih.Sususan yang lebih gramatis ialah "Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok.".Tatabahasa11.04.2013
adakah salah menggunakan SEMUA dan SEKALI dalam satu masa? contohnya.. sila duduk semua sekaliUngkapan "Sila Duduk" telah memadai untuk semua kerana jika ada pengkhusus ungkapannya berbeza, seperti "Baris pertama hingga kelima, sila duduk".Tatabahasa26.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas