Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ka.ci.ta] | دوکاچيتا

Definisi : 1. duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg me­nunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tu­nangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih; mendukacitakan menyebabkan timbul rasa dukacita, mendukakan, menyedihkan atau menyusahkan hati: hari itu merupakan hari yg sangat ~nya; kemalangan yg menimpa keluarganya sungguh ~nya; kedukacitaan perasaan dukacita atau se­suatu yg mendukacitakan, kedukaan, ke­sedihan, kesusahan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ka.ci.ta] | دوکاچيتا

Definisi : (perasaan) sedih (hati); susah hati; duka: Baginda sedang dilamun ~. berdukacita berasa sedih atau susah hati: Dia sangat ~ atas kematian adik kesayangannya itu. mendukacitakan menyebabkan (menimbulkan) rasa dukacita; menyedihkan; mendukakan: Dia tidak ingat akan peristiwa yg ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dukacita

Peribahasa

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bermaksud :

Hati yang hancur kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
the delay is regretteddukacita kerana kelengahan ituPentadbiranTiadaTiada
bereavementperkabunganGerontologiTiadaSuasana sedih atau dukacita terutama disebabkan oleh kematian. Sinonim mourning.
plaintpuisi ratapanKesusasteraanTiadaPuisi yang menyatakan perasaan yang sangat sedih, dijadikan doa atau nyanyian, dilafazkan berulang-ulang untuk menyatakan dukacita atau kesedihan.
coronachraung jenazahKesusasteraanTiadaPuisi yang menyatakan perasaan yang sangat sedih, dijadikan doa atau nyanyian yang dilafaz berulang-ulang bagi menyatakan dukacita atau kesedihan.
lamentosolamentosoMuzikTiada

 Arahan kepada pemuzik untuk bermain dengan tempo yang lebih lambat. Pemuzik biasanya bermain dengan perasaan yang dukacita dan mengeluh.


Kembali ke atas