Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.lang] | دولڠ

Definisi : 1. sj talam drpd kayu (kadang-kadang berkaki): pd dicecah dgn kuku, biar terletak di atas ~; 2. talam; ~ alas talam utk pengalas makanan dll; ~ pelanda talam pelimbang emas (bijih dll); bagai ~ dgn tudung saji prb sesuatu yg berpadanan (spt suami isteri yg sama elok parasnya dll); lain ~ lain kaki, lain orang lain hati prb tiap-tiap orang berbeza ke­sukaannya; mengata ~ paku serpih, mengata orang awak (aku) yg lebih prb mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk drpd yg dicela; berdulang mempunyai (beralaskan) dulang, bertalam: hidangan itu dibawa ke dlm tanpa ~; berdulang-dulang beberapa banyak dulang (berserta lauk-pauk di dalamnya): sekawah nasi dan ~ lauk musnah dlm banjir kilat itu; mendulang melanda (melimbang) emas atau bijih dgn dulang: banyak orang yg didapati ~ bijih di anak-anak sungai dlm kawasan hutan simpan; pendulangan perbuatan mendulang, pelim­bangan; pendulang 1. dulang utk melanda (me­limbang); 2. orang yg kerjanya mendulang (emas, bijih, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.lang] | دولڠ

Definisi : Mn; mendulang membumbung berkepul-kepul (asap dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.lang] | دولڠ

Definisi : Jw; mendulang menyuapkan makanan kpd anak-anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.lang] | دولڠ

Definisi : 1 talam drpd kayu yg kadang-kadang diberi berkaki. 2 talam drpd logam, plastik dll utk menyajikan atau utk mengangkat makanan. ~ alas talam utk mengalas makanan dll. ~ pelanda talam yg dibuat drpd kayu dsb dan digunakan utk melimbang bijih (emas dll). berdulang 1 mempunyai atau ada dulang. 2 mempunyai dulang sbg alas; beralaskan dulang; bertalam: Hidangan itu tidak ~. mendulang melimbang bijih (emas dll): Masih ada lagi perempuan-perempuan Cina yg ~ bijih di tepi-tepi Sungai Kinta. pendulangan perbuatan mendulang. pendulang 1 orang yg kerjanya mendulang (melimbang) bijih dsb. 2 dulang utk melimbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dulang

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Lain dulang lain kaki,
     lain orang lain hati.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAPUR

Dapur ialah alat yang digunakan untuk memasak

makanan. Dapur mempunyai hob (dulang pemanas

pada pemanggang) dan satu atau dua buah

ketuhar.

UMUM 
ALIRAN BERSIHKaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf kese­imbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenserKEJURUTERAANKonsep
AMAT JUHARI MOAIN

AMAT JUHARI MOAIN (1940-     ), ahli bahasa. Dia lahir 11 Februari 1940 di kampung Sungai Dulang, Rengit, Batu Pahat, Johor.

BAHASAKonsep
TUDUNG SAJI

TUDUNG SAJI, sejenis alat yang direka khas untuk menutup hidangan makanan. Ia boleh menutup hidangan di atas meja, dalam dulang dan juga yang disusun di atas lantai. Kegunaannya semata-mata untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat atau habuk. Hidangan yang ditutup dengan tudung saji boleh dibiarkan beberapa waktu dengan tidak perlu disimpan semula ke dalam periuk atau belanga.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas