Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.lang.du.lang] | دولڠ٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), petai belalang, petai laut, Desmodium umbellatum; 2. sj tumbuhan (pokok renek), bungau, ceremai antan, ubah paya, Glochidion obscurum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dulang-dulang

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Lain dulang lain kaki,
     lain orang lain hati.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, sebuah dulang atau sebiji dulang?Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah dulang.Tatabahasa24.12.2012
Salam tuan/puan, Apakah kata arah yang sesuai untuk ayat ini? Gelas-gelas disusun di dalam dulang. @ Gelas-gelas disusun di atas dulang. Harap tuan/puan boleh nyatakan alasan. Terima kasih.Gelas-gelas disusun di atas dulang, kerana dulang tidak ada ruang fizikal yang jelas seperti balang atau kotak.Tokoh30.04.2014
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Bypass tray" yang terdapat pada pencetak (printer)? a) Dulang pintas b) Dulang pintasan c) Bekas pintasan d) Lain-lain (sila berikan cadangan yang lebih sesuai). Mohon bantuan DBP dalam memberikan jawapan yang sesuai. Terima kasih.Untuk makluman puan, tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi istilah bypass tray dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun, penggunaan istilah dulang pintas boleh digunakan bagi padanan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan13.03.2015
Yang manakah adalah betul ? 1. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu. 2. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk para tetamu. 3. Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih kepada para tetamu.Yang betul ialah Puan Siti menatang dulang yang berisi kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu.Tatabahasa02.03.2019
Saya keliru diantara peribahasa, "kata dulang paku serpih" dan "Paku dulang Paku serpih" diantara itu yg satu yang betul dan boleh guna pakai...Peribahasa yg betul ialah mengata dulang paku serpih, mengata orang aku/awak yang lebihLain-lain24.08.2007
Apakah perkataan untuk digunapakai bagi AJK/Pembawa dulang cenderamata dalam sesuatu majlis? Kebiasaannya saya menggunakan perkataan gadis dulang sahaja. Adakah perkataan lain yang lebih tepat?
Belum ada istilah khusus untuk pembawa dulang cenderamata dalam sesuatu majlis. Kami mencadangkan ‘pembawa dulang’ kerana lebih selaras dengan ‘penyambut tetamu’ berbanding ‘gadis dulang’ yang pada hakikatnya pembawa dulang boleh sahaja lelaki atau perempuan.
Istilah24.04.2017
Assalam Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk dulang? Contoh soalan: Omar telah membeli lima ___________ dulang ketika berada di Langkawi. Terima kasihWaalaikumsalam.
Penjodoh bilangan yang sesuai ialah "lima buah dulang".
Lain-lain14.10.2014
Apakah istilah yang sesuai untuk gadis yang membawa dulang hadiah di atas pentas ?Cadangan istilah untuk gadis yang membawa dulang hadiah di atas pentas ialah pembawa dulang hadiah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.04.2024
Ini bukan soalan tapi komen terhadap jawapan yang diberikan oleh DBP untuk dua soalan berkenaan peribahasa "mengata dulang paku serpih". Saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan di mana pihak DBP mengatakan versi yang betul ialah "mengata dulang paku serpih". Versi yang betul ialah "memaku/mengetuk dulang paku serpih/ mengata orang dia yang lebih." Baris pertama dalam pantun dua kerat ini ialah pembayang dan hanya untuk memberi rima kepada baris seterusnya. Maka perkataan "mengata" bukan berada di situ. Dari segi logiknya, mana mungkin kita "mengata" dulang? Satu lagi, ia adalah juga logik apabila memaku dulang, paku akan menjadi serpih. Sila membuat pembetulan di atas jawapan yang diberikan ini. Sekian, terima kasih.Jawapan Khidmat Nasihat Bahasa merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu, susunan Abdullah Hussain. Mungkin pendapat tuan ada benarnya dan kami boleh menerima setelah ada dapatan/kajian yang mengesahkannya serta dibuat pindaan dalam kamus/buku peribahasa susunan terbaharu. Lain-lain24.02.2012
salam, saya keliru mengenai peribahasa berikut. 1. melepaskan BATUH di tangga @ melepaskan BATUK di tangga. 2. mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih @ mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih tolong perjelaskan peribahasa yang tepat. terima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa yang berikut: 1. Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai; dan 2. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih bermaksud mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi.Tatabahasa16.08.2011
123

Kembali ke atas