Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.lang.du.lang] | دولڠ٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), petai belalang, petai laut, Desmodium umbellatum; 2. sj tumbuhan (pokok renek), bungau, ceremai antan, ubah paya, Glochidion obscurum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dulang-dulang

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Lain dulang lain kaki,
     lain orang lain hati.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAPUR

Dapur ialah alat yang digunakan untuk memasak

makanan. Dapur mempunyai hob (dulang pemanas

pada pemanggang) dan satu atau dua buah

ketuhar.

UMUM 
ALIRAN BERSIHKaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf kese­imbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenserKEJURUTERAANKonsep
AMAT JUHARI MOAIN

AMAT JUHARI MOAIN (1940-     ), ahli bahasa. Dia lahir 11 Februari 1940 di kampung Sungai Dulang, Rengit, Batu Pahat, Johor.

BAHASAKonsep
TUDUNG SAJI

TUDUNG SAJI, sejenis alat yang direka khas untuk menutup hidangan makanan. Ia boleh menutup hidangan di atas meja, dalam dulang dan juga yang disusun di atas lantai. Kegunaannya semata-mata untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat atau habuk. Hidangan yang ditutup dengan tudung saji boleh dibiarkan beberapa waktu dengan tidak perlu disimpan semula ke dalam periuk atau belanga.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas