Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dumbak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dumbakdumbakMuzikTiadaAlat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Dumbak ialah dram berbentuk tong atau silinder yang mempunyai dua permukaan kulit. Alat ini dipukul dengan tangan dan dimainkan dalam ensembel engker umong di Sarawak.
dumbak (In)dumbakKesenianTiadaRebana.
engkerumongengkerumongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Engkerumong ialah (i) set yang terdiri daripada lima hingga la pan biji gong berbusut. Gong tersebut diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini dipukul de­ngan sepasang pemukul kayu. Sistem tiunannya tidak diselaraskan dan berfungsi sebagai alat melodi dalam ensembel engkerumong di Sarawak. Engkerumong ini dikenali juga sebagai gong chime, (ii) ensembel engkerumong terdiri dari­pada satu set engkerumong, sebiji tawag dan bandai, ketebong atau dumbak. Ensembel ini dimainkari oleh kaum Iban untuk mengiringi tarian Ngajat, dan (iii) sebiji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar. Gong ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan dalam ensembel gong besar kaum Bidayuh di Sarawak.

wayang kulit Kelantanwayang kulit KelantanMuzikTiada

Teater wayang kulit rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang dan selatan Thailand. Ceritanya berasaskan epik Ramayana dan cerita rakyat Melayu. Watak penting dalam teater rakyat ini ialah Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Rawana, Pak Dogol dan Wak Long. Ensembel yang mengiringi teater ini terdiri daripada serunai, gendang, geduk, gedumbak, tetawak, kesi dan canang. Sinonim wayang kulit Siam.

ngajatngajatMuzikTiada

 Tarian perang di Sarawak. Tarian ngajat ditarikan oleh seorang penari lelaki atau wanita dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyan, Kayan dan Kajang, tarian ini dita­rikan oleh penari lelaki. Penari lelaki memakai topeng yang dihiasi bulu burung tempatan seperti enggang dan memegang pedang parang ilang serta perisai tradisional. Tarian ini dikenali juga sebagai ngajat lasan. Tarian ngajat diiringi ensembel engkerumong, dumbak, tawag dan bandai dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyah dan Kayan, tarian ini diiringi ensembel dua sapeh sahaja atau ensembel dua sapeh dan satu jatung utang. Selain Ngajat Lasam, terdapat sejenis tarian ngajat lain yang dikenali sebagai ngajat asal. Tarian ini ditarikan oleh dua orang wanita daripada kaum Kenyah, Kayan dan Kajang.


Kembali ke atas