Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ngu] | دوڠو

Definisi : tongong, bebal, bodoh, tolol, dongok; mendungukan menjadikan dungu, mem­bodohkan, membebalkan; kedunguan perihal dungu, kebodohan, ke­bebalan, ketololan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ngu] | دوڠو

Definisi : bodoh; bebal. mendungukan menjadikan (menyebabkan) bodoh atau bebal. kedunguan sifat dungu; kebodohan; kebebalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dungu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, Saya ingin tahu sama ada partikel `si` perlu dijarakkan atau dirapatkan pada sesuatu perkataan. Contohnya; si dungu atau sidungu?Kata gelaran 'si' boleh digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas dan perlu dieja terpisah, seperti si dungu, si mati.Tatabahasa12.12.2006
Apakah padanan yang sesuai bagi "goofy band"? Kumpulan muzik dungu? Kugiran bodoh? Kumpulan pelik? Maksud goofy merujuk kepada harmlessly eccentric. Terima kasihSalam sejahtera,

Tuan,

Padanan yang pihak kami boleh cadangkan ialah Kumpulan Aneh.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.10.2017
Padanan bahasa Melayu untuk 'airheaded'.Berdasarkan carian kami, airheaded bermaksud (of a person) silly or foolish. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan bahasa Melayu yang boleh digunakan ialah seperti bodoh, dungu atau kurang bijak.Penyemakan dan penterjemahan07.09.2018
makna tipikal?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tipikal bermaksud 'bersifat seperti yang lazim terdapat, merupakan contoh sesuatu jenis (golongan dan sebagainya), biasa'. Contoh: Watak Pak Pandir yang secara tipikal mewakili orang yang dungu.Makna08.03.2013
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan tipikal?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tipikal bermaksud 'bersifat seperti yang lazim terdapat, merupakan contoh sesuatu jenis (golongan dan sebagainya), biasa'. Contoh: Watak Pak Pandir yang secara tipikal mewakili orang yang dunguMakna26.01.2012
Jelaskan konsep bahasa tinggi dan bahasa rendah? Adakah bahasa tinggi dikaitkan dengan bahasa penjajah? Dan bahasa rendah dikaitkan dengan bahasa tempat yang dijajah?Bahasa tinggi ialah bahasa Melayu tinggi yang merujuk penggunaan bahasa Melayu dalam konteks wacana ilmiah dan berkaitan dengan  ketamadunan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi melahirkan idea dan wawasan yang berkaitan dengan kesarjanaan dan kebudayaan. Bahasa Melayu tinggi lazimnya digunakan dalam seminar, persidangan atau kongres yang berkaitan dengan bahasa, budaya  ataupun bidang ilmiah yang lain. Bahasa rendah (bahasa Melayu rendah)  ialah lawan kepada bahasa tinggi. Bahasa rendah tidak dapat digunakan bagi tujuan keilmuan termasuklah berfikir dan berkarya dalam bidang-bidang saintifik, teknikal, teknologi dan falsafah tinggi yang abstrak, konseptual dan kompleks. Bahasa rendah hanya dapat digunakan bagi membaca, memahami, memikirkan dan menulis perkara-perkara yang mudah, cetek, remeh, dangkal dan dungu.Tatabahasa25.03.2015
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara ialah, adalah dan merupakan ? Terima kasih.

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Perkataan "merupakan" ialah kata kerja dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua; ia dapat ~ dirinya seperti harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sebagai: dengan ~ dirinya sebagai se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa24.04.2013
Salam, Kami di Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai masalah bagi menentukan penggunaan perkataan 'ialah', 'adalah' dan 'merupakan'. Diharap pihak DBP dapat membantu kami dalam menyelsaikan masalah kami. Saya harap, pihak DBP memberi penerangan beserta contoh. Sekian dari saya... Harap membantu

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapa frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh:

1. Anak ialah anugerah Allah.

2. Kursus ini adalah untuk...

Maksud dan contoh kata "merupakan" :

1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa13.11.2008
saya menghadapi beberapa kemusykilan tentang penggunaan kata pemeri. Merujuk tatabahasa dewan edisi ke-3 2008, subtopik 9.2.3.5 , berkenaan kata pemeri hanya ada dua iaitu adalah dan ialah. Bagaimana dengan kata 'merupakan' yang digunakan termasuk dalam teks rujukan buku ini dalam halaman 262 perenggan ke 2 dr bwh dan hlmn 444 perenggan atas. Bukankah perkataan 'merupakan' ialah bentuk kata keja transitif bukanya kata pemeri. sila bantu saya untuk memastikan perkara ini.

Puan Aina,

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri ialah adalah dan ialah. kata merupakan ialah kata kerja. dan bukan kata pemeri. Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Oleh itu frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan. Dalam halaman yang saudara nyatakan perkataan merupakan itu memang bukan kata pemeri.  

Makna perkataan merupakan adalah seperti yang berikut :  1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa06.10.2010

Kembali ke atas