Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ngun] | دوڠون

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Heritiera littoralis; ~ paya sj tumbuhan (pokok) dlm famili Juglandaceae, paar, teraling, Engel­hardtia spp. (terutama E. serrata dan E. spicata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dungun

Puisi
 

Ke Sungai Dungun memetik perah,
     Kutip perah di Bukit Seberang;
Adik melenggang bukanlah marah,
     Kerana mengenang nasib badan.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Muhamad Asyraf Yahaya Di Dungun, Terengganu ada satu pusat dinamakan dlm bahasa melayu "Pusat Koreksional". Agak DBP la betulke perkataan Koreksional tu??? In english mmg la dipanggil Correctional Center yg mana nama baik bagi "PENJARA" tp betul ke direct tukar nama camtu?Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat. Koreksional tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sama erti dengan perkataan tersebut ialah pemulihan.Lain-lain27.02.2015
Saya seorang guru cemerlang Bahasa Melayu di SM Teknik Dungun. Saya berminat untuk menjadi penulis dalam majalah Dewan Siswa dan Pelita Bahasa. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya cara-cara untuk menjadi penulis untuk majalah tersebut. Sekian. Terima kasih.

Dewan Siswa majalah untuk remaja, maka makalah bahasa yang disiarkannya adalah tentang penggunaan bahasa dalam karya kreatif. Pelita Bahasa pula majalah tentang bimbingan bahasa, maka makalah bahasa di dalamnya  haruslah memenuhi matlamat ini.

 

Lain-lain05.02.2010
Seorang ADUN dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Jawatan ADUN ialah hakiki, sedangkan EXCO ialah lantikan, lebih tinggi dari jawatan ADUN. Bolehkan disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun?Boleh disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun.Lain-lain01.10.2014
Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

Encik Nor Nizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

ketiga-tiga soalan yang ditanyakan adalah betul.

 

Tatabahasa17.03.2009
Suffian Fauzi Oct 16th, 10:49pm Assalamualaikum pihak admin Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.. Saya Mohammad Suffian bin Fauzi, berasal dari Dungun Terengganu dan kini sedang belajar di UIAM Gombak.. Boleh saya bertanya, bagaimanakah saya ingin mendapatkan borang penyertaan bagi Sayembara Menulis Puisi BBK 2014 Peringkat Wilayah Timur.. Boleh bagi link muat turun borang tak? terima kasih admin.. Harap dapat balas.. terima kasih sekali lagiSila hubungi urus setia sambutan BBK peringkat Wilayah Timur di DBP Wilayah Timur di talian 09-7414900 atau e-mel kepada Puan Hajah Zainab Che Omar (Pengarah DBP Wilayah Timur) melalui e-mel chezai@dbp.gov.my.Lain-lain16.10.2014
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut:

Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa  Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008.

Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf.

Lain-lain31.07.2010

Kembali ke atas