Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.nia] | دنيا

Definisi : 1. bumi dan segala yg terdapat di per­mukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, la­pangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi menge­luarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.nia] | دنيا

Definisi : 1 alam yg kita duduki ini; bumi dan segala yg terdapat di permukaannya: ~ kita ini bulat. 2 manusia yg hidup di bumi: Seluruh ~ kagum dgn pengembaraan orang-orang Amerika ke bulan. 3 lapangan; bidang: Dia lebih terkenal dlm ~ sukan drpd dlm ~ perniagaan. 4 bahagian bumi (benua, negara dll): ~ barat sekarang ini lebih maju drpd ~ timur. 5 keadaan hidup; keadaan masyarakat: ~ sekarang sudah terbalik, lelaki berambut panjang dan perempuan berambut pendek. ~ akhirat di dunia dan di akhirat. ~ luar masyarakat atau negara luar. keduniaan segala yg berkaitan dgn dunia; perihal dunia: Janganlah berkhayal dgn ~ saja. sedunia seluruh (serata) dunia; mengenai negara-negara di seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dunia

Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
additive worlddunia aditifKesusasteraanTiadaDunia fiksyen yang lengkap, mewah dan beraneka ragam, dan lebih menyerlah daripada dunia realiti, yang memerihalkan bahawa realiti ialah dunia aditif, dunia substraktif dan dunia kontrasif.
parallel worlddunia sejajarKesusasteraanTiadaDunia fantasi yang wujud dan selari dengan dunia nyata. Dunia sejajar boleh ditemui dalam karya fantasi dan fiksyen sains. Dunia sejajar juga ditemui dalam puisi, contohnya puisi �Sofourns in the Parallel World� oleh Denise Levertor.
secondary worlddunia sekunderKesusasteraanTiadaDunia yang dicipta oleh se pencerita dalam karyanya. Dunia sekunder mempunyai hukum logik dan kewajaran tersendiri yang membentuk sistem kepercayaan dunia tersebut. Kini, definisi dunia sekunder membawa makna yang lebih sempit. Hal ini demikian kerana dunia ini sering digunakan untuk merujuk kepada suasana yang dicipta oleh penulis cerita fantasi dan hikayat penglipur lara. Contohnya dalam karya berjudul The Lord of the Rings karya J.R.R. Tolkien.
distance markerpenanda jarakKesusasteraanTiadaElemen teks yang dimanipulsi oleh penulis untuk mengedarkan pembaca. Pembaca disedarkan tentang kehadiran dua dunia yang berbeza, iaitu dunia yang dikenali dan dunia yang tidak dikenali. Penggunaan element teks seperti ini biasanya terdapat dalam karya sains fiksyen dan fantasi. Contohnya, novel bertajuk The Time Machine oleh H. G. Wells. Apabila protagonisnya, iaitu seorang pengembara yang dapat merentasi jarak dan masa, menemui artifak pada zamannya, maka penemuan artifak tersebut merupakan penanda jarak antara dunia kini dengan dunia futuristik.
contrastive worlddunia kontrastifKesusasteraanTiadaDunia fiksyen yang memerihalkan realiti seharian dengan menampilkan dua realiti yang saling kontras. Dua realiti yang dimaksudkan ialah dunia yang dicipta berdasarkan realiti seharian dan fantasi. Dunia kontrastif kerap ditemui dalam fiksyen sains dan naratif fantasi. Lihat juga dunia aditif.
subtractive worlddunia subtraktifKesusasteraanTiadaDunia pengkaryaan yang mencapai kesan fantasinya melalui penyingkiran sebahagian besar realiti kehidupan manusia. Karya jenis ini mengabaikan hukum sebab akibat bagi semua peristiwa. Dunia subtraktif dikenali juga sebagai dunia sisihan.
augmented reality (AR)realiti terimbuh (AR)Teknologi Maklumate-PembelajaranPersekitaran buatan yang terhasil daripada gabungan dunia sebenar dengan dunia janaan komputer bagi meningkatkan pengalaman dunia sebenar pengguna. Pelaksanaan AR memerlukan peranti paparan yang bersesuaian seperti telefon pintar dan tablet. Dalam konteks pendidikan, AR digunakan sebagai alat bantu mengajar terutamanya yang melibatkan simulasi dan amali.
world governmentkerajaan duniaSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang inginkan satu pemerintahan mentadbir keseluruhan dunia tanpa sempadan negara. Fahaman ini melihat kewujudan negara yang berbilang akan menimbulkan konflik dan persaingan. Oleh itu, fahaman ini mencadangkan agar dunia ditadbir oleh satu kerajaan yang disebut sebagai kerajaan dunia. Secara tidak langsung, fahaman ini berpegang kepada gagasan keamanan, kestabilan, keharmonian dan tidak suka pada sebarang bentuk konflik.
fantasticfantastikKesusasteraanTiadaKeadaan atau sifat fiksyen yang mencampuradukkan dunia nyata dengan dunia khayalan. Pembaca, pencerita, dan protagonis berasa tercabar untuk membezakan sempadan antara kedua-duanya. Todorov yang menulis buku bertajuk The Fantastic (1973) berpendapat bahawa naratif fantastik melibatkan pembaca yang berada dalam ketidaktentuan, sama ada mereka memilih penerangan ghaib seperti dalam cerita Marvellous atau penerangan psikologikal seperti dalam cerita Uncanny. Kesusasteraan fantastik berkembang maju pada abad ke-19, khususnya melalui cerita-cerita hantu karya Henry James dalam The Turn of the Screw (1898).
Big FiveLima Kuasa BesarSains PolitikHubungan AntarabangsaLima negara kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China adalah merupakan lima negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB. Bahasa kesemua negara tersebut turut diterima untuk menjadi bahasa rasmi dalam urusan PBB. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto apabila PBB menyekat penindasan Israel terhadap Palestin.
12345678910...

Kembali ke atas