Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.rian] | دورين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ me­nunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt men­timun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.rian] | دورين

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan berduri), Durio zibethinus. ~ belanda (eropah, mekah) nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Annona muricata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian

Puisi
 

Laksamana menabur durian,
     Buah belimbing terhentak-hentak;
Tuan laksana buah durian,
     Di sana gugur sana melantak.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Durian dengan mentimun,
     menggolek rosak,
kena golek binasa.

Bermaksud :

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana degan ayat ini, bolehkah diterima penggunaannya. Ayat : Ayah membeli durian dengan banyaknya.Ayah membeli durian durian dengan banyaknya - ayat ini betul.Tatabahasa27.09.2010
untuk produk "Freeze Dried Durian" mana satu lebih tepat sama ada "Durian Kering Beku" atau "Durian Beku Kering"Padanan yang lebih tepat bagi Freeze Dried Durian ialah "Durian Kering Beku".Istilah25.06.2018
Hello, Apakah penjodoh bilangan yg betul utk durian? Saya makan sebiji durian atau sebuah durian?Jawapan ialah sebiji durian. Terima kasih.Tatabahasa05.12.2007
Apakah istipah yang tepat? Inovasi pengopek durian Atau Pengopek durian inovasiIstilah yang sesuai ialah inovasi pengopek durian atau pengopek durian berinovasi. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian.Penyemakan dan penterjemahan05.09.2021
Salam sejahtera. Saya ingin tanya perkataan yang bersesuaian bagi " Durian crepe". "Durian crepe" ialah perkataan bahasa inggeris, apakah perkataan bahasa melayu bagi perkataan ini?"Durian Crepe" dalam bahasa Melayu ialah "Krep Durian".Makna02.09.2020
Apakah maksud simbol '/' ini dan mana satukah yang betul? - durian/rambutan - durian / rambutanMaksud simbol tersebut ialah atau. Penggunaan simbol yang betul ialah durian/rambutanLain-lain21.12.2015
Apakah maksud simpulan bahasa durian tunggalTidak ada simpulan bahasa durian tunggal.  Yang ada, "Dapat durian runtuh".  Durian tunggal ialah nama sebuah tempat di Melaka.Makna18.07.2016
Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan penjodoh bilangan "biji" dan "buah"? Contohnya: (1) Biji durian atau buah durian (2) Biji epal atau buah epal Terima kasih

Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan untnk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi.

Penggunaan perkataan buah dan biji dalam “buah durian” dan “biji durian” bukanlah penjodoh bilangan.

 Penjodoh bilangan untuk durian ialah “biji”  iaitu “sebiji durian” bukan “sebuah durian”. Ayat “sebiji buah durian” boleh membantu anda memahami penjodoh bilangan.

Tatabahasa13.02.2014
mana satu betul? 1)mencincang daging @mencenceng daging 2)mencium durian @mengcium durian 3) sayatidak upaya melayan kerenahnya atau saya tidak berupaya untuk melayan karenahnya. 4)usaha membenteras maksiat itu patut dipuji @ usaha membanteras maksiat itu patut dipuji.

Penggunaan yang betul ialah: 1) mencenceng daging; 2)mencium durian; 3)  saya tidak berupaya untuk melayan kerenahnya; dan 4) usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. Untuk mendapatkan tentang ejaan dan tatabahasa, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan (kata kunci) yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai bidang termasuklah kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya.

Tatabahasa14.05.2011
Pihak FAMA akan mengadakan program berkaitan durian. Sehubungan itu, kami ingin meminta cadangan dari pihak DBP tentang penggunaan perkataan Fiesta Durian atau Pesta Durian. Mohon tindakan segera dari pihak tuan. Terima kasih.Istilah yang betul ialah Pesta Durian.Karya28.04.2016
12345678

Kembali ke atas