Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.rian] | دورين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ me­nunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt men­timun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.rian] | دورين

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan berduri), Durio zibethinus. ~ belanda (eropah, mekah) nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Annona muricata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian

Puisi
 

Laksamana menabur durian,
     Buah belimbing terhentak-hentak;
Tuan laksana buah durian,
     Di sana gugur sana melantak.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Durian dengan mentimun,
     menggolek rosak,
kena golek binasa.

Bermaksud :

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pantun

PantunSumberTema
Tupai mengusik bunga durian, Durian berbuah di depan rumah; Tidak menyesal hari kemudian, Supaya badan tidak punah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Buah durian berduri-duri, Bila masak tentulah gugur; Sudah berbulan kunanti-nanti, Adik mengelak hatiku hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Biji durian jangan dibuang, Supaya dapat ditanam lagi; Hati rawan bukan kepalang, Dinda kulihat di dalam mimpi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Masak durian tercium bau, Isinya sedap terasa manis; Hendak berkenalan terasa malu, Di dalam gelap hamba menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Buah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh di dalam upih; Orang perempuan bersanggul dua, Kalau bercakap terlalu lebih.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah durian buah kuini, Mari letak dalam pasu; Duduk diam laki bini, Macam orang tidak bernafsu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Musim durian rambutan masak, Manggis saja membawa diri; Cincin berlian permata rosak, Dipakai anak Raja Baiduri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Makan durian Ulu Kemaman, Bunga kerindu sangkut di dahan; Makan tak sedap tidur tak nyaman, Hatiku rindu manakan tahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas